Utusan Borneo (Sabah)

434,301 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 671,589 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin

COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890.

Menerusi satu infografik dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 93,829 diikuti Kuala Lumpur (73,266), Sarawak (67,427), Johor (63,295) dan Sabah (55,734).

Lima negeri yang melengkapk­an kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor melibatkan 61,662 diikuti Perak (48,607), Sabah (42,972), Kuala Lumpur (37,962) dan Pahang (33,080).

Sementara itu, jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat kelmarin adalah sebanyak 8,834,823 atau 36.40 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi membabitka­n 2,333,514 pendaftara­n.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitka­n 9.4 juta penerima terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas, pesakit penyakit kronik dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumka­n kadar kebolehjan­gkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.17 setakat kelmarin berbanding 1.14 sehari sebelumnya.

Berdasarka­n infografik dikongsika­n menerusi akaun Twitter beliau, Terengganu kekal mencatat Rt tertinggi dengan 1.49 berbanding 1.30 sebelumnya manakala Pulau Pinang kekal merekodkan Rt terendah dengan 0.89. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia