Utusan Borneo (Sabah)

Rentas negeri perkahwina­n adik punca kluster baharu di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu COVID-19 di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwina­n adiknya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, yakni iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

“Hasil pertemuan hanya untuk ‘kirim’ duit kenduri serta cenderahat­i telah menjangkit­i kawan baik. Kawannya itu pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkit­i lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah,” katanya dalam satu paparan di laman Facebookny­a kelmarin.

“Jadi apa iktibar kisahkisah ini? Adanya rentas negeri dan perkumpula­n ramai orang tanpa pematuhan SOP. Jika SOP dipatuhi, tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun, ia sangat minimum dan bukan kluster besar sebegini.

“Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpula­n ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja. Kita semua yang patut kuat kuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah sematamata kepada agensi penguatkua­saan,” katanya.

Ketika ini terdapat 238 kes aktif COVID-19 di Terengganu dengan kes tertinggi direkodkan di Besut iaitu 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga).

Kluster Taman Rakyat yang didaftarka­n pada 15 April adalah kluster komuniti yang melibatkan daerah Dungun. Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif COVID19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia