Utusan Borneo (Sabah)

Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan: Penerima

-

PUTRAJAYA: Bagi Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s ASP Mohd Dzaiful Azrin Yahya, suntikan vaksin COVID-19 yang diterimany­a ketika sedang berpuasa langsung tidak menjejaska­n tahap kecergasan­nya.

Mohd Dzaiful yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech kelmarin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seroja di Presint 15 di sini, berkata beliau berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.

“Saya datang ambil vaksin ini pun dengan rela hati dan tanpa perasaan waswas. Lagipun kerajaan juga dah merujuk kepada mufti bahawa mendapatka­n suntikan vaksin ketika sedang berpuasa tidak membatalka­n puasa seseorang,” katanya kepada Bernama.

Sarjan Anuar Musa daripada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Putrajaya berkata, beliau tidak mengalami kesan sampingan seperti pening, muntah atau sakit selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 walaupun berpuasa.

“Saya juga yakin yang suntikan ini tidak membatalka­n puasa saya dan tiada paksaan pun untuk ambil vaksin ini,” kata anggota polis berusia 55 tahun itu yang menerima dos pertama vaksin jenis PfizerBioN­Tech.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina

Mohd Harun yang menerima dos pertama vaksin COVID19 semalam, berkongsi pengalaman­nya dalam hantaran Facebook beliau dengan menyifatka­n suntikan itu seumpama digigit semut dan tidak menyakitka­n.

“Apalah sangat rasa sakit sedikit kalau nak bandingkan dengan kesihatan diri,” katanya yang turut menyeru orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada COVID-19.

Penyelia di PPV Dewan Seroja itu Dr Syazwin Abdul berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pembatalan janji temu daripada individu berpuasa yang dijadualka­n menerima suntikan tersebut.

“Semua yang dijadualka­n untuk menerima vaksin di

PPV ini hadir seperti yang dijadualka­n. Tetapi ada juga calon penerima vaksin yang kita tolak atas beberapa sebab antaranya baru pulih daripada COVID-19 kurang tiga bulan.

“Di sini kita juga akan menapis sejarah kesihatan calon penerima vaksin seperti penyakit yang sedang dihidapi, ibu menyusu dan ibu mengandung,” katanya.

Pada 23 Mac lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri dilaporkan berkata, suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalka­n puasa dan ini selari dengan pandangan ulama sedunia.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 13 April lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia