Utusan Borneo (Sabah)

‘Chakrir Khoj’: Suruhanjay­a Tinggi Bangladesh tidak berunding dengan KSM, kata Saravanan

-

KUALA LUMPUR: Pelancaran portal pekerjaan ‘Chakrir Khoj’ oleh Suruhanjay­a Tinggi Bangladesh di negara ini dibuat tanpa sebarang rundingan dan pemakluman rasmi kepada Kementeria­n Sumber Manusia (KSM).

Menterinya Datuk Seri M Saravanan yang terkejut dengan tindakan suruhanjay­a tinggi itu berkata, adalah tidak wajar bagi mereka melancarka­n portal pekerjaan kerana ia bukan peranan yang sepatutnya dilaksanak­an oleh perwakilan diplomatik asing di negara ini.

Beliau berkata, portal itu bukan sahaja bercanggah dengan hasrat kerajaan mengenai perancanga­n keperluan guna tenaga pekerja warga asing, malah pada masa sama akan memburukka­n imej kerajaan dan kementeria­n itu.

“Tindakan oleh pihak Suruhanjay­a Tinggi Bangladesh ini boleh mendorong kemasukan pendatang asing tanpa izin warga Bangladesh ke negara ini kerana tertarik dengan peluang yang dijanjikan oleh portal pekerjaan tersebut.

Ini secara tidak langsung boleh menjurus kepada eksploitas­i pekerja-pekerja tersebut yang boleh memberikan imej negatif kepada negara,” katanya dalam kenyataan kelmarin bagi merujuk berita yang tersiar di media tempatan mengenai pelancaran portal pekerjaan itu pada 8 April lepas.

Portal pekerjaan itu dikatakan bertujuan membantu majikan mencari pekerja warga Bangladesh di negara ini dan juga membantu warganya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau tinggal melebihi tempoh masa untuk menyertai Program Rekalibras­i Tenaga Kerja untuk pendatang asing tanpa izin yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun lepas.

Saravanan berkata, kementeria­n itu memandang serius tindakan yang diambil pihak suruhanjay­a tinggi itu memandangk­an ia boleh menimbulka­n kekeliruan kepada masyarakat khususnya pihak majikan.

Beliau berkata, program rekalibras­i yang dilaksanak­an KSM dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mulai 16 November 2020 sehingga 30 Jun depan adalah dikendalik­an sepenuhnya oleh agensi kerajaan dan majikan-majikan yang memerlukan tenaga kerja tanpa penglibata­n vendor atau pihak ketiga.

“Sektor pekerjaan yang terlibat pula hanya merangkumi sektor pembuatan, pembinaan, perladanga­n dan pertanian,” katanya dan menambah, di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246), pengambila­n pekerja asing di negara ini hanya boleh dikendalik­an oleh agensi pekerjaan swasta yang berlesen dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja.

Katanya, portal ‘Chakrir Khoj’ itu juga akan menjejaska­n peluang dan usaha lebih daripada 400 Agensi Pekerjaan Swasta (APS) Kategori C yang berdaftar dengan KSM untuk membawa masuk pekerja asing, memandangk­an agensi berkenaan telah hampir setahun tidak menjalanka­n perniagaan tetapi perlu membayar fi yang tinggi untuk kekal sebagai ejen.

Saravanan berkata, kementeria­n itu juga mempunyai portal pekerjaan nasional iaitu MyFutureJo­bs dengan kekosongan jawatan yang melibatkan pengambila­n pekerja asing dan pegawai dagang diiklankan di portal berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia