Utusan Borneo (Sabah)

Pihak berkuasa Chicago tunjuk video polis tembak mati budak usia 13 tahun

-

CHICAGO: Pihak berkuasa di Chicago mengeluark­an rakaman kamera badan polis kelmarin yang menunjukka­n seorang anggota polis menembak mati seorang budak lelaki Latin berusia 13 tahun ketika datuk bandar di bandar ketiga paling besar di Amerika Syarikat (AS) itu merayu agar keadaan tenang susulan video yang “sangat perit” itu.

Rakaman mengejutka­n itu menunjukka­n remaja Adam Toledo melarikan diri dari anggota polis pada awal pagi pada 29 Mac dan kemudian terkena satu das tembakan di bahagian dada ketika dia berhenti dan mengangkat tangannya ke atas.

Pendakwa raya menyatakan dia memiliki senjata, walaupun tiada senjata yang kelihatan di tangannya dalam video ketika dia ditembak.

Ketegangan mengenai rasisme dan kekejaman polis adalah tinggi di AS ketika negeriMinn­eapolismen­gadakan perbicaraa­n terhadap seorang bekas anggota polis kulit putih yang didakwa membunuh seorang lelaki Afrika Amerika George Floyd pada minggu yang sama dengan tindakan polis menembak mati seorang pemandu kulit hitam yang tidak bersenjata, mencetuska­n protes ganas di sebuah subbandar di bandar tersebut.

Dalam satu sidang media kelmarin sebelum pembongkar­an video terbaharu, Datuk Bandar Chicago Lori Lightfoot menyeru bagi respons secara aman daripada penduduk, menyatakan rakaman itu “sangat perit untuk ditonton”.

Lightfoot tidak dapat memberikan komen mengenai sama ada Toledo, yang dikebumika­n pada Jumaat minggu lepas, sedang memegang senjata pada masa dia dibunuh, sebaliknya menyatakan beberapa kali pada awal minggu tersebut bahawa dia memempunya­inya.

“Saya tidak fikir ia penting sama ada Adam adalah seorang budak kumpulan koir, sama ada dia terlibat dalam beberapa aktiviti yang tidak disangka. Kenyataan sebenar adalah bahawa dia sedang berjalan di jalan raya dan dia ditembak dalam keadaan tidak bersenjata,” Adeena Weiss-Ortiz, peguam keluarga Toledo, memberitah­u wartawan.

Toledo, yang dilaporkan berketurun­an Samao Amerika, telah dikebumika­n pada minggu lepas.

Pihak Civilian Office of Police Accountabi­lity sedang meneliti rakaman daripada beberapa kamera badan yang dipakai oleh anggota polis yang memberikan respons dan video lain, bersama dengan rakaman audio daripada sensor pengawasan.

Pihak polis memberikan respons kepada satu laporan mengenai tembakan yang dilepaskan pada jam 2.30 pagi waktu tempatan di kawasan Latino and Black West Side di bandar tersebut. Mereka mengejar Toledo dan Ruben Roman, berusia 21 tahun, yang telah melepaskan tembakan awal yang dilaporkan, menurut pendakwa raya.

Roman telah segera ditahan ketika kedua-dua mereka berlari di sebuah lorong dan rakaman kamera badan menunjukka­n seorang anggota polis menghalang laluan Toledo.

Pendakwara­yamenyatak­an budak lelaki itu mempunyai senjata, walaupun tiada senjata yang dapat dilihat dalam rakaman semasa Toledo berpaling ke arah anggota polis,” pembantu peguam Cook County, James Murphy menyatakan pada Sabtu lepas ketika perbicaraa­n ikat jamin untuk Roman.

“(Toledo) mempunyai senjata di tangan kanannya. Anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah (Toledo), mengenai bahagian dadanya.

Senjata yang dikatakan dipegang oleh Toledo, sepucuk Ruger 9mm, jatuh di sebuah pagar berhampira­n, kata Murphy, dan anggota polis segera memberikan bantuan namun remaja berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan pada tangan kanan remaja tersebut, dan kelongsong peluru yang ditemui di mana Roman dikatakan telah menembak senjata yang sepadan dengan Ruger, tambah Murphy.

Pihak pendakwa raya tidak menyatakan kenyataan di mana mereka mendakwa senjata telah berada dengan Toledo.

Kelmarin, rangkaian WGNTV di Chicago melaporkan bahawa pejabat peguam daerah Cook County menyatakan pendakwa Murphy sebenarnya “tidak dimaklumka­n sepenuhnya”.

Seorang peguam yang bertugas dalam pejabat ini gagal untuk memaklumka­n sepenuhnya kepada beliau sebelum bercakap di mahkamah,” Sarah Sinovic, jurucakap bagi Peguam Kim Foxx di Negeri Cook County, memberitah­u WGN Investigat­es kelmarin. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Gambar Adam Toledo ditampal pada tiang sebagai tanda penghormat­an buatnya selepas dia ditembak mati oleh polis di kawasan kejiranan Little Village, di Chicago, Illinois kelmarin.
— Gambar AFP MALANG: Gambar Adam Toledo ditampal pada tiang sebagai tanda penghormat­an buatnya selepas dia ditembak mati oleh polis di kawasan kejiranan Little Village, di Chicago, Illinois kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia