Utusan Borneo (Sabah)

Dua tentera Chad terbunuh dalam serangan bom di Mali

-

N’DJAMENA: Dua rakyat Chad dalam pasukan tentera wilayah dianggotai oleh lima negara ditubuhkan untuk menentang kumpulan pelampau di Mali yang terjejas akibat keganasan telah terkorban kelmarin dalam serangan bom di lebuh raya, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebuah kenderaan tentera Chad terlanggar bahan letupan di tengah Mali, mengorbank­an dua anggotanya,” wakil PBB di Mali, Mahamat Saleh Annadif, memberitah­u AFP.

Kedua-duanya berasal daripada batalion yang mempunyai 1,200 anggota tentera dihantar pada pertengaha­n Februari untuk menentang kumpulan pelampau di Mali sebagai sebahagian daripada pasukan tentera G5 Sahel, jelasnya.

Seorang diplomat Chad mengesahka­n maklumat itu kepada AFP.

Serangan berlaku di zon Boulkessi, sebuah wilayah di Serma Katiba, di mana anggota bayangan Group to Support Islam and Muslims (GSIM) yang dikaitkan dengan militan Al-Qaeda di Sahel, dikatakan beroperasi.

Keganasan di Mali bermula pada 2012 ketika kumpulan pelampau bergabung dengan satu pemberonta­kan wilayah di utara negara.

Keganasan kemudian merebak ke tengah Mali dan ke negara jiran Burkina Faso dan Niger, meragut ribuan nyawa serta menyebabka­n beratus ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa operasi tentera antiekstre­mis telah dilancarka­n, termasuk operasi Barkhane oleh Perancis dan G5 Sahel, yang menggabung­kan beberapa unit dari Burkina Faso, Chad, Mali, Mauritania dan Niger.

Kontinjen Chad telah dikerahkan dalam apa yang dikenali sebagai wilayah tiga sempadan – sebuah kawasan tumpuan di mana sempadan Mali, Niger dan Burkina Faso bertemu.

Pangkalann­ya adalah di bahagian sempadan Niger, di Tera.

Kematian terbaharu muncul pada hari yang sama kerajaan sementara Mali – ditubuhkan selepas rampasan kuasa pada Ogos lepas dan masih berada dalam genggaman pihak tentera – menyatakan pilihan raya presiden dan parlimen akan diadakan pada Februari-Mac 2022.

Ketidakpua­san dengan cara bekas presiden yang dilantik Ibrahim Boubacar Keita menguruska­n keganasan menjadi satu faktor utama dalam pengguling­annya oleh anggota tentera yang memberonta­k. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia