Utusan Borneo (Sabah)

Fenomena televisyen ‘Game of Thrones’ sambut ulang tahun ke-10

-

MUSIM sejuk berakhir dan menghampak­an berjuta peminat dengan penamatnya. Ramai yang tertanyata­nya sama ada semua pertumpaha­n darah dan babak bogel itu betul-betul patut. Namun hanya segelintir akan berbalah bahawa siri HBO ‘Game of Thrones’ (GOT), yang menyambut ulang tahun kesepuluhn­ya pada hari ini (17 April), merupakan fenomena televisyen. Pihak eksekutif TV berikhtiar bagaimana untuk mengulangi kejayaan global mereka masih kekal sebagai suatu misteri seperti mana penonton mempersoal­kan bagaimana mereka membina dinding setinggi 700 meter daripada ais sepenuhnya. Komponen yang menarik hati itu jelas, tidak kurang dengan HBO yang menggemari babak bogel terutamany­a tubuh wanita. Adegan 18 tahun ke atas yang tidak berhenti itu menimbulka­n kontrovers­i, terutamany­a apabila ia kurang dipersetuj­ui, bermula dengan penyempurn­aan perkahwina­n Daenerys kepada Khal Drogo dalam episod pertama pada 2011. “Saya rasa mereka telah salah anggap penonton dari awal lagi... terdapat sesuatu kuasi-pornografi berlaku di sana,” kata Carolyne Larrington, seorang profesor sastera Zaman Pertengaha­n dari Universiti Oxford dan penulis ‘All Men Must Die: Power and Passion in Game of Thrones’. Ngeri ialah tarikan lain, dengan beberapa babak mengupas kulit, mencungkil mata, mengelar leher, memakan jantung bangkai kuda, dan juga terkenal untuk tidak mengekalka­n watak utama rancangan itu. Peluang mereka untuk hidup tidak dapat dijangka menambah kepada ciri penarik dalam pada angka kematian mereka menggunung, 59 dalam satu musim, mendadak ke 3,523 pembunuhan beramai-ramai dalam musim kelapan dan terakhir. Meskipun begitu, terdapat lebih banyak rancangan ganas dan itu sahaja tidak dapat menerangka­n tontonan yang meluas ke 207 negara dan sebanyak 19.3 juta peminat menonton episod akhir secara langsung pada 2019 di Amerika Syarikat sahaja, menurut HBO. Kebanyakan kredit harus diberi kepada cara mengagumka­n alam Westeros diberi nyawa oleh penghasil rancangan Dan Weiss dan David Benioff, dan terutamany­a cara penyampaia­n teliti George R.R. Martin, yang mana buku beliau dirujuk dalam rancangan itu. “Apa yang membuat rancangan itu menarik ialah dua asas berkembar dalam kuasa politik dan keluarga,” kata Larrington. “Bagaimana kamu mendapat kuasa dan bagaimana kamu menggunaka­nnya... dan bagaimana golongan muda menghabisk­an lapan musim mencari jalan untuk tidak menjadi seperti ibu bapa mereka atau datuk nenek mereka... inilah yang memberi tarikan menyeluruh.” Bagi kritikan yang diterima terhadap layanan kepada wanita, cerita itu mempunyai ciri wanita kompleks. “Untuk meluaskan penonton kami, ia tidak berkesan dalam rancangan fantasi untuk hanya menampilka­n lelaki dalam melakukan kerja lelaki manakala wanita mereka yang dalam kesusahan atau ibu-ibu yang bimbang,” kata Larrington. Buat peminat buku, kejayaan itu juga mengejutka­n. “Ia masih sukar dipercayai bahawa rancangan itu meledak menjadi fenomena seperti ini,” kata Myles McNutt, pengarang ‘Game of Thrones: A Guide to Westeros and Beyond’. Beliau berkata, masa yang tepat juga membantu, muncul semasa media sosial menjadi sebahagian penting dalam mempengaru­hi tontonan TV. HBO mempunyai beberapa susulan dalam perancanga­n, sungguhpun hanya satu, ‘House of the Dragon’ buat masa kini diluluskan. Amazon dalam pada yang sama telah melabur sebanyak AS$250 juta untuk mendapat hak untuk ‘Lord of the Rings’. Namun risiko tinggi, menyaksika­n penerbit ‘Game of Thrones’ dikatakan peminat telah melancarka­n musim terakhir siri itu dalam tergesa-gesa. Lebih kurang 1.8 juta peminat telah menandatan­gani petisyen agar ia diolah semula “dengan penulis bertauliah”. McNutt berkata mereka kurang pasti bagaimana respon penonton dalam pembuatan baharu siri dunia fantasi kegemaran mereka. “Namun HBO dan Amazon membuat pertaruhan berjuta-juta dolar bahawa ‘Game of Thrones’ membuka pintu untuk masa depan yang berkembang maju bagi televisyen fantasi, dan itu sesungguhn­ya bukan sesuatu yang pernah saya bayangkan sedekad yang lalu apabila pertunjuka­n itu ditayangka­n buat pertama kali,” tambahnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENCIPTA GOT: Dan Weiss dan David Benioff.
— Gambar AFP PENCIPTA GOT: Dan Weiss dan David Benioff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia