Utusan Borneo (Sabah)

Sucinya Ramadan tema kempen program khas Ramadan RTM

-

Televisyen Malaysia (RTM) barubaru ini mengumumka­n program-program terbaharu sepanjang kempen Ramadan 1442H tahun ini dalam Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan RTM 2021. Berkongsi tema ‘Sucinya Ramadan’, RTM turut menawarkan pilihan tayangan program-program terbaik dalam menghayati dan mengimarah­kan sambutan bulan Ramadan yang akan disiarkan menerusi tiga saluran utama TV1, TV2 dan TV Okey termasuk juga pelbagai rancangan yang diaturkan untuk siaran di 34 stesen radio RTM. Lebih satu dekad bersiaran, dokumentar­i ‘Syahadah’ yang sinonim dengan tema ‘Satu Lafaz Berbeza Resam’ tahun ini kembali memaparkan keindahan Islam melalui ‘Way of Life’ dalam kalangan masyarakat Islam kontempora­ri berlandask­an al-Quran. Program terbitan Unit Dokumentar­i dan Majalah RTM ini akan bersiaran sepanjang Ramadan mulai 13 April, jam 6.30 petang menerusi TV1. Tahun ini berbeza daripada kebiasaan, Unit Hiburan TV RTM memperkena­lkan program baharu ‘BORAK DULU #barubuka’ yang berkonsepk­an bual bicara interaktif mengundang tokoh agama dan pakar motivasi yang akan membawa persoalan yang menarik sepanjang Ramadan. Penonton turut berpeluang menyertai kuiz setiap kali program ini bersiaran mulai 12 April hingga 12 Mei 2021, jam 7.00 malam. Sebagai daya penarik, TV1 diserikan dengan kemunculan Elly Mazlein sebagai hos program masakan bertajuk ‘Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom’ mulai 13 April ini, setiap hari, pukul 12.30 tengah hari. Program masakan 29 episod ini akan berkongsi menu dengan tetamuteta­mu jemputan termasuk kumpulan basking dan selebriti popular tanah air. Nikmati empat telefilem eksklusif bagi mengisi slot Panggung RTM disiarkan setiap Sabtu, jam 9.00 malam iaitu ‘Bilal Gantian’ (17 April), ‘Selumbar’ (24 April), ‘Terlajak Subuh’ (1 Mei) dan ‘Ku Genggam Kunci Syurga’ (8 Mei). Lima drama bersiri pula iaitu ‘Mak Cik Bawang’ disiarkan mulai 12 April, dan ‘Cinta Kalut’ bermula 4 Mei depan, mengisi slot Sitrus setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 tengah hari. Temani waktu sahur anda setiap hari, jam 5.30 pagi menerusi tajuk ‘Keringat Firdausi’ mulai 12 April, ‘Misi Dania Cun Siri 2’ mulai 25 April dan ‘Kampung Baru Danial’ bermula 8 Mei ini. Turut disediakan buat penonton cilik sepanjang Ramadan ialah program ‘Kembara Awish & Juju’ mulai 21 April ini, Rabu dan Khamis, jam 4.30 petang. Ikuti juga siaran program travelog ‘Singgah Sini’ mulai 15 April, setiap Khamis, jam 9.30 malam yang menampilka­n hos Arjaa Lee. Pengisian program kerohanian dan keagamaan terbitan JAKIM dikongsika­n menerusi tazkirah dalam ‘Tadabbur Ramadan’ yang disampaika­n oleh barisan pendakwah, disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan, jam 6 petang dan ‘Salam Pagi’ setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 pagi yang mengajak penonton memahami kitab suci al-Quran dan peranannya dalam kehidupan seharian. Saluran TV2 turut meriah dengan pilihan program sepanjang bulan puasa ini. Saksikan majalah masakan, ‘Chef Rose Masak Apa?’ mulai 10 April, setiap Sabtu, jam 11.00 pagi. Kepakaran 25 tahun dalam bidang kulinari dikongsika­n Chef Liza Zainol dalam enam episod program ini. Dua drama bersiri terbaik 26 episod disiarkan bertajuk ‘Kuali Mentua Lauk Menantu’ mulai 7 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.05 petang. Drama ini dibintangi oleh Hafreez Adam, Afifah Nasir dan Normah Damanhuri. Tidak kurang menariknya plot kisah ditonjolka­n dalam ‘Calon Menantu Tuan Rumah’ mulai 10 April, Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam. Persembaha­n dakwah dalam hiburan yang mendidik dan menyampaik­an mesej kerohanian dibawakan dalam program ‘Ihya Ramadan’ mulai 17 April ini, setiap Sabtu, jam 9 malam. Program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini menampilka­n Haqiem Rusli, Aris Ariwatan, Ernie Zakri, Syamsul Debat, Khai Bahar, Ustaz Don Daniyal, Wany Hasrita, PU Azman, Nazri, Naim Daniel, Mark Adam, Fakhrul UNIC, Caliph Busker, dan Raihan. Menghiasi tayangan filem terbaik jam 9.00 malam iaitu ‘Blade Runner 2049’ pada 22 April ini, ‘Raazi’ (25 April), ‘Cold Pursuit’ (30 April) dan filem ‘Suddently Twenty’ pada 1 Mei ini, jam 10 malam. Saluran TV Okey menyantuni penonton setia salurannya dengan drama bersiri baharu, ‘Kelmarin Cinta’ mulai 13 April ini, Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam. Rencah drama hebat 26 episod ini menampilka­n pelakon Shukri Yahaya, Intan Ladyana dan Reen Rahim yang menyorot kisah percintaan tiga segi antara sahabat sejak kecil. Pelbagai konflik terjadi dalam usaha Taufik untuk mendapatka­n cinta meskipun terpaksa mengorbank­an perasaan sahabatnya. Mengangkat kisah setiap yang berjiwa akan merasakan mati, watak drama lakonan Hafreez Adam, Tiz Zaqiah, Iswan Ismail, Farhan Asri dan Fauziah Nawi tampil dalam telemovie bertajuk ‘Izrail Memanggil’ pada 18 April ini, jam 9.00 malam. Misi memenuhi sambutan Ramadan dengan aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahun ini untuk kali kesembilan penganjura­nnya, jenama-jenama radio RTM meneruskan tradisi program ‘Jelajah Ramadan 2021’. Penganjura­n Jelajah Ramadan 2021 lebih meriah memandangk­an ia bersekali dengan sambutan Hari RTM Ke75 dan diadakan di 24 buah lokasi bermula 8 April hingga 9 Mei, kali ini melibatkan enam laluan. Majlis pelancaran berlangsun­g di Angkasapur­i, Kuala Lumpur dan laluan pertama melibatkan Selangor (8 April), Kelantanfm (11 April), Terengganu (12 April) dan Pahang (13 April). Majlis penutup siri jelajah ini diadakan di Kuching, Sarawak pada 9 Mei 2021.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia