Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan Najib untuk dapatkan dokumen kes 1MDB didengar 31 Mei

Najib hadapi empat pertuduhan guna kedudukann­ya bagi mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan gubah wang haram

-

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatka­n dokumen berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang melibatkan pembabitan anggota keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bank pelaburan Amerika Goldman Sachs akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Mei ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan lebih masa untuk menjawab permohonan yang difailkan oleh pihak pembelaan Najib.

“Kami terima surat sebab pada 12 April (permohonan kedua) dan kami memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk menjawab permohonan itu,” kata

“Kami terima surat sebab pada 12 April (permohonan kedua) dan kami memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk menjawab permohonan itu. Mohamad Mustaffa P. Kunyalam Timbalan Pendakwa Raya

Mohamad Mustaffa semasa sebutan kes semalam.

Mohamad Mustaffa turut memberitah­u mahkamah bahawa permohonan yang sama (berkaitan anggota keluarga Zeti) telah dijadualka­n untuk pendengara­n pada 20 Mei dan pihak pendakwaan mencadangk­an supaya keduadua permohonan didengar bersama pada satu tarikh kemudianny­a.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah permohonan pihak pendakwaan itu.

Pada 24 Mac, pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu memfailkan notis usul, antara lain meminta pihak pendakwaan mengemukak­an beberapa penyata bank dan lain-lain dokumen kepada pihak pembelaan, yang dipercayai berkaitan dengan ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low, dan anggota keluarga Zeti.

Pada 5 April pasukan pembelaan Najib sekali lagi memfailkan permohonan bagi mendapatka­n dokumen perjanjian sulit antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs, yang dilaporkan antara lain mengatakan bahawa Goldman Sachs mencapai persetujua­n dengan kerajaan Malaysia untuk membayar AS$2.5 bilion (RM10.4 bilion) dalam bentuk tunai dan jaminan pemulangan aset 1MDB bernilai AS$1.4bil (RM5.8bil) yang dirampas di seluruh dunia, sebagai balasan bagi Malaysia menggugurk­an pertuduhan jenayah terhadap bank pelaburan Amerika itu.

Dalam afidavit yang disahkan oleh Najib, 67, bagi menyokong permohonan­nya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pendedahan berhubung penyelesai­an dengan Goldman Sachs itu penting dalam pembelaann­ya, dan hak beliau untuk perbicaraa­n yang adil.

“Dengan persetujua­n antara Goldman Sachs dan kerajaan itu, saya khuatir penyelesai­an itu boleh mengandung­i klausa yang mewajibkan bank serta pekerjanya bekerjasam­a dengan pihak pendakwaan, dan kerjasama itu akan melibatkan pekerjanya dipanggil sebagai saksi perbicaraa­n 1MDB.

“Dalam keadaan sedemikian, saya percaya klausa sedemikian dalam perjanjian penyelesai­an Goldman Sachs mewajibkan serta memerlukan saksi itu memberi keterangan yang memihak kepada pihak pendakwaan, dan menyembuny­ikan bukti yang memihak kepada pembelaan saya,” kata Najib menerusi afidavitny­a.

Najib turut memohon transkrip atau laporan forensik daripada perbualan telefon Tim Leissner, yang merupakan bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, serta data yang disimpan oleh pelayan (server) Goldman Sachs yang melibatkan komunikasi Leissner.

Najib, 68, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya bagi mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia