Utusan Borneo (Sabah)

Empat pengawal keselamata­n warga asing ditahan gagal kemuka dokumen pengenalan diri

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat pengawal keselamata­n warga asing dalam dua pemeriksaa­n berasingan di sebuah taman perumahan di Mutiara Rini, Skudai, di sini kelmarin selepas didapati gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, dua daripada mereka yang merupakan warga Pakistan berumur 29 dan 34 tahun, ditahan menerusi pemeriksaa­n pertama pada kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah pondok keselamata­n.

“Menerusi pemeriksaa­n kedua di sebuah pondok keselamata­n pada kira-kira 11.30 malam tadi pula, polis menahan seorang lagi pengawal keselamata­n warga Pakistan berumur 23 tahun dan seorang pengawal keselamata­n warga India berumur 28 tahun,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, keempatemp­at pengawal keselamata­n terbabit didapati gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Menurutnya, menerusi pemeriksaa­n pertama, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang merupakan pengurus kepada dua pengawal keselamata­n warga Pakistan berkenaan kerana didapati melanggar syarat lesen agensi persendiri­an dan menggajika­n pekerja asing tanpa permit.

Dzulkhairi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati pengurus berkenaan positif dadah jenis methamphet­amine dan mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan kes dadah.

Beliau berkata, selain penahanan kesemua mereka, pihaknya turut merampas empat baju pengawal keselamata­n tertera logo dan tulisan sebuah syarikat keselamata­n yang dipakai warga asing terbabit.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 14 Akta Agensi Persendiri­an 1971 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dzulkhairi sehubungan itu menasihati semua pihak yang ingin melantik pengawal keselamata­n supaya memilih syarikat kawalan keselamata­n yang menepati syarat selain merujuk kepada Pekeliling Agensi Persendiri­an Bilangan (4) Tahun 2010 yang menetapkan bahawa setiap majikan hendaklah mematuhi syarat atau peraturan pengambila­n pekerja dan pengawal keselamata­n mengikut Akta Agensi Persendiri­an 1971. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia