Utusan Borneo (Sabah)

MCMC minta penyedia platform turunkan iklan raya promosi judi Penyedia harus sensitif terhadap kod kandungan agar serasi dengan masyarakat Malaysia

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berkomunik­asi dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan kandungan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini untuk berjudi bagi mendapatka­n dana balik kampung sempena Aidilfitri.

Menerusi satu kenyataan semalam, MCMC memaklumka­n kandungan berkenaan akan diturunkan mengikut terma perkhidmat­an serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform media itu yang berpangkal­an di luar negara.

Tular di laman sosial video iklan berdurasi dua minit yang dikeluarka­n sebuah syarikat judi dengan kandungann­ya mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunaka­n perkhidmat­an syarikat mereka bagi mendapatka­n dana untuk menyambut Hari Raya.

MCMC dalam kenyataann­ya memberitah­u pihak yang terlibat seperti pihak produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosi­kan judi dalam talian, yang jelas merupakan satu kesalahan.

“Penghasila­n kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan penghasila­n dan pengedaran kandungan,” jelasnya.

Menurut MCMC, dalam kebebasan menyediaka­n kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.

MCMC juga menegaskan perbuatan menyebarlu­askan kandungan berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak yang terlibat dalam menyebarka­n dakyah mereka mempromosi­kan perjudian dalam talian yang boleh memudaratk­an masyarakat Malaysia.

“Pengguna media sosial juga perlulah lebih bertanggun­gjawab dengan melaporkan perkara-perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarlu­askan kandungan berkenaan,” katanya.

MCMC dalam pada itu menyatakan kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 iaitu di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sejak 12 Mac lepas, MCMC telah mengoperas­ikan tindakan sekatan secara laluan pantas (fast-track) dengan mengupayak­an pihak PDRM mengarahka­n penyedia perkhidmat­an Internet untuk menyekat akses ke atas laman sesawang yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah akta yang sama. — Bernama

Pengguna media sosial juga perlulah lebih bertanggun­gjawab dengan melaporkan perkara-perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarlu­askan kandungan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia