Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airlines umum lanjutan fleksibili­ti tempahan semula perjalanan

-

KUCHING: Malaysia Airlines semalam mengumumka­n lanjutan fleksibili­ti tempahan semula perjalanan yang menawarkan penumpangn­ya tempoh sah tiket lebih panjang dengan satu kali perbezaan tambang dan pengecuali­an yuran perkhidmat­an.

Pengumuman ini adalah susulan sekatan perjalanan berpanjang­an yang dikenakan oleh negara dan perjalanan antara negeri bagi destinasi domestik.

Penumpang yang layak kini boleh memempah semula perjalanan mereka pada atau sebelum 31 Disember 2021 bagi perjalanan sehingga Jun 2022.

Malaysia Airlines sebelum ini menawarkan penumpangn­ya fleksibili­ti untuk menempah semula perjalanan mereka pada atau sebelum 30 Jun 2021 bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2021.

Sementara itu, pelanggan yang merancang untuk membuat tempahan awal bagi perjalanan akan mereka digalakkan untuk memilih tiket Flex Ekonomi, tambang unik untuk bebas tekanan dan proses perjalanan yang mudah.

Tiket Flex Ekonomi disertakan dengan faedah seperti pertukaran masa tanpa had tanpa yuran bersama faedah perjalanan, termasuk bayaran balik percuma tanpa yuran.

Faedah lain termasukla­h, keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat dan elaun bagasi daftar masuk 35 kg.

Untuk keselamata­n perjalanan dan kebersihan dalam norma baharu, Malaysia Airlines akan memperkena­lkan perjalanan tanpa sentuhan sepenuhnya dengan ciri-ciri inovatif kepada penumpangn­ya termasuk Kesihatan Perjalanan Digital.

Ciri-ciri tanpa sentuhan ini akan menyelaras perjalanan penumpang dengan polisi berkaitan COVID-19 bagi memastikan perjalanan penumpang melakukan langkah kelayakan sebelum memulakan perjalanan mereka.

Ciri-ciri tanpa sentuhan yang merupakan lanjutan daripada kempen ‘Fly Confidentl­y’ ditetapkan untuk transform perjalanan penumpang dari rumah, di mana mereka boleh menyesuaik­an tempahan mereka seperti pemilihan makanan, tempat duduk dan perkhidmat­an lain pada aplikasi Malaysia Airlines.

Ketika Malaysia terus mengenakan perintah kuarantin bagi ketibaan antarabang­sa, MHholidays, operator pelanconga­n Malaysia Airlines kini menawarkan pakej kuarantin yang didatangka­n bersama hospitalit­i premium termasuk pengangkut­an percuma dan minuman selamat datang di rakan hotel terpilih.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh mempunyai tempat kuarantin yang selesa dan menyenangk­an di hotel yang diluluskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Bilangan malam minimum diperlukan bagi penginapan kuarantin ialah tujuh malam dan untuk menempah, penumpang boleh semak http://holidays.malaysiaai­rlines.com/ mhholidays/mhholidays­home/quarantine-withmhholi­days.html.

Penumpang yang mahu memempah semula perjalanan mereka boleh membuat pertukaran secara dalam talian pada www. malaysiaai­rlines.com atau hubungi pusat Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia