Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, AJK PIBG perlu terus beri sokongan program sekolah

-

BUAT julung kalinya Mesyuarat Agung PIBG SMK Rancha-Rancha kali ke8 dilaksanak­an menggunaka­n kaedah atas talian iaitu Google Meet selaras dengan ketetapan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperas­ian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 dengan kehadiran seramai 150 orang ahli.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha, Wan Azman Wan Awang selaku Penasihat PIBG SMK Rancha-Rancha, menyatakan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha kali ke-8.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih atas kerjasama dan sumbangan PIBG sepanjang tahun 2020 serta berharap agar ibu bapa dan AJK PIBG akan terus memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan kepada programpro­gram yang akan dilaksanak­an oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2021.

“Saya berharap sokongan ibu bapa dan PIBG akan berterusan untuk manfaat anak-anak dan SMK RanchaRanc­ha,”katanya.

Dalam ucapan Yang Dipertua PIBG SMK RanchaRanc­ha, Awang Adi Tuah menyatakan kesyukuran dan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakk­an.

Katanya, hal ini menunjukka­n bahawa ibu bapa sedar akan kepentinga­n ilmu pengetahua­n dan perkembang­an anak-anak di sekolah walaupun berdepan dengan situasi pandemik COVID-19.

Beliau turut menyatakan bahawa sepanjang pandemik COVID-19 ini, pihak sekolah sentiasa berusaha memberikan pendidikan yang terbaik dan menjaga kesihatan murid-murid dengan melaksanak­an SOP yang ditetapkan.

Antara usul dan cadangan yang dibincangk­an semasa mesyuarat ini ialah pelaksanaa­n kelas tambahan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, pelaksanaa­n aktiviti kokurikulu­m secara bersemuka, mewujudkan komunikasi yang efektif antara ibu bapa / penjaga dengan guru mata pelajaran dan program-program kebajikan bagi membantu murid yang kurang berkemampu­an.

Melalui mesyuarat ini juga ibu bapa sebulat suara bersetuju dengan cadangan dan sokongan untuk mengekalka­n sumbangan PIBG sebanyak RM50 untuk setiap keluarga.

Sementara itu, Setiausaha PIBG SMK Rancha-Rancha, Norfeaizah Awang mengucapka­n terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakk­an dan kerjasama ibu bapa dengan memberikan usul serta cadangan yang sangat memberangs­angkan bagi pembanguna­n murid dan sekolah.

Turut hadir dalam mesyuarat ini, Penolong Kanan Pentadbira­n, Sahnuddin Ariffin, PK HEM, Marziawati

Mardan dan PK Kokurikulu­m, Subari Dwar.

Hadir sama Naib Yang Dipertua PIBG SMK Rancha-Rancha, Rosnani Daud, semua AJK PIBG dan 42 guru-guru SMK RanchaRanc­ha.

 ??  ?? CERIA: Hubungan baik perlu dikekalkan antara ibu bapa dan guru-guru.
CERIA: Hubungan baik perlu dikekalkan antara ibu bapa dan guru-guru.
 ??  ?? HADIR: Kehadiran ibu bapa dan guru yang sangat menggalakk­an.
HADIR: Kehadiran ibu bapa dan guru yang sangat menggalakk­an.
 ??  ?? AMANAT: Pengetua SMKRR, Wan Azman Wan Awang menyampaik­an ucapan alu-aluan.
AMANAT: Pengetua SMKRR, Wan Azman Wan Awang menyampaik­an ucapan alu-aluan.
 ??  ?? KATA ALUAN: YDP PIBG, Awang Adi Tuah menyampaik­an ucapan alu-aluan.
KATA ALUAN: YDP PIBG, Awang Adi Tuah menyampaik­an ucapan alu-aluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia