Utusan Borneo (Sabah)

Timba pengalaman di ibu negeri

15 staf UPPM Bingkor, Pejabat ADUN Bingkor adakan lawatan kerja ke KK

- Oleh Abdul Naddin Haji Shaiddin

15 staf Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Bingkor dan Pejabat ADUN Bingkor diketuai Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Bingkor, Junior Fred mengadakan lawatan kerja singkat ke Kota Kinabalu.

Sepanjang berada di ibu negeri, rombongan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan di pejabatnya di Sokid Villa.

Peserta lawatan bertuah kerana mendapat peluang mendengar taklimat dari Dr Jeffrey sendiri berkenaan dengan kementeria­nnya dan arah tuju Sabah Maju Jaya.

Dr Jeffrey dalam ucapannya menekankan bahawa Kerajaan GRS sentiasa komited dalam membangunk­an negeri dan rakyat Sabah.

Sebagai jentera kerajaan,beliau menasihatk­an staf UPPM dan pejabat ADUN Binglor supaya peka kepada dasar dasar, program program kerajaan yang sedang dilaksanak­an dan yang akan dilaksanak­an.

Selepas itu, rombongan juga mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan mengadakan pertemuan dengan Pengarah UPPM Sabah, Datuk Matbali Hj. Musah.

Dalam kunjungan itu, Matbali memberi taklimat kepada ahli rombongan berhubung peranan UPPM.

“Unit UPPM adalah berfungsi untuk membantu kerajaan dalam membangunk­an kawasan masing masing,” katanya.

Matbali juga mengingatk­an staf unit UPPM supaya melaksanak­an tugas dengan penuh komitmen dan integriti untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Katanya, UPPM perlu melaksanak­an kewajipan membantu wakil rakyat kerajaan untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, ketua rombongan, Junior Fred yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Bingkor memberitah­u tujuan lawatan kunjungan berkenaan adalah merapatkan dan memperkena­l staf UPPM dan staf ADUN Bingkor dengan kepimpinan dan persekitar­an kerja yang berkaitan dengan tugasan dan tanggungja­wab mereka.

“Ia juga mampu memberi pendedahan mengenai suasana baharu dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab selain dapat bertukar tukar fikiran dan pengalaman baru.

Lawatan ini adalah atas daya usaha ADUN Bingkor yang begitu mengambil berat kebajikan kakitangan­nya.

Fred juga menghargai sokongan padu Datuk Robert yang sentiasa bersama dan mengiringi sepanjang lawatan berkenaan.

“Lawatan ini amat berfaedah dan memberi banyak manfaat kepada kami di Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat,” kata Pemaju Masyarakat Bingkor, Mailih Lajiwat.

Program ini sangat baik dan kami mendapat banyak ilmu yang berguna dalam membantu tugas tugas sebagai Pemaju Masyarakat .

Beliau juga berterima kasih kepada ADUN Bingkor yang merancang program lawatan yang berfaedah ini.

Bagi staf ADUN Bingkor, Mailen Belly menyifatka­n lawatan itu memberikan banyak info mengenai bidang tugas selain memberi motivasi dan semangat baharu dalam melaksanak­an tugas harian.

Mailen juga menyampaik­an terima kasih dan penghargaa­n kepada Datuk Robert atas peluang yang diberikan menyertai lawatan itu.

Sementara itu, Datuk Robert Tawik @ Nurdin berpuas hati dengan komitmen tinggi ahli ahli rombongan sepanjang lawatan berkenaan.

Beliau berharap dengan adanya lawatan ini, semua staf UPPM dan ADUN dapat melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik dalam membantu rakyat di kawasan Bingkor

“‘Bingkor membangun bersama rakyat’ itulah moto yang digalas oleh semua pemimpin di kawasan Bingkor,” katanya yang turut serta dalam program lawatan kerja itu.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan di pejabatnya.
KUNJUNGAN HORMAT: Kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan di pejabatnya.
 ??  ?? BERSAMA PENGARAH UPPM: Kunjungan kepada Pengarah UPPM, Datuk Matbali Musah di ibu pejabat UPPM di JKM.
BERSAMA PENGARAH UPPM: Kunjungan kepada Pengarah UPPM, Datuk Matbali Musah di ibu pejabat UPPM di JKM.
 ??  ?? KENANGAN: Datuk Robert bersama Datuk Matbali Musah di ibu pejabat UPPM.
KENANGAN: Datuk Robert bersama Datuk Matbali Musah di ibu pejabat UPPM.
 ??  ?? TAMBAH PENGETAHUA­N: Peserta lawatan mendengar penerangan mengenai hala tuju Sabah Maju Jaya.
TAMBAH PENGETAHUA­N: Peserta lawatan mendengar penerangan mengenai hala tuju Sabah Maju Jaya.
 ??  ?? MENDENGAR TAKLIMAT: Kakitangan UPPM dan pejabat ADUN Bingkor mengadakan kunjungan kepada Dr Jeffrey.
MENDENGAR TAKLIMAT: Kakitangan UPPM dan pejabat ADUN Bingkor mengadakan kunjungan kepada Dr Jeffrey.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Datuk Robert menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Matbali.
CENDERAMAT­A: Datuk Robert menyampaik­an cenderamat­a kepada Datuk Matbali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia