Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si foto Cynotype oleh Azizi Yusoph

-

SUDAH menjadi lumrah setiap seniman tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian mereka begitu juga seni tidak pernah beku dan statik tanpa mengorak langkah setiap ruang masa dan titipan zaman.

Oleh sebab itu banyak seniman yang yang sentiasa maju ke hadapan dan mencapai kehebatan karya mereka kerana sentiasa membuat penerokaan atau ujian yang akan meletakkan diri mereka ke hadapan dari peer group atau rakan sebaya dalam menghasilk­an karya mereka.

Tokoh seniman visual berbagai genre yang belajar dari penemuan lampau adalah seperti Pablo Picasso, Andy Warhol, Bruno Walpoth, Bretolth Brect, Beethoven dan ramai lagi.

Oleh itu berdasarka­n sejarah latar belakang seniman berjaya seperti disenaraik­an di atas maka adalah wajar setiap pelukis sentiasa melihat ke belakang sebelum membuat lompatan ke hadapan bagi mengecapka­n kejayaan menurut Edward De Bono pendukung Pemikiran Literal yang terkenal pada abad keduapuluh.

Jika diperhatik­an seni lukis pada mulanya hanya sekadar contengan yang mudah bagi memberikan penerangan atau informasi yang berguna berdasarka­n lukisan zaman purba.

Namun oleh kerana hasrat senimanunt­ukmenambah­kan ilmu dan memperting­katkan kemajuan seni maka seni lukis seperti potret telah mencapai kemajuan yang sangat tinggi sehingga kini.

Begitu juga dengan genre seni yang lain umpamanya tarian, lakonan nyanyian yang di mulakan sejak zaman Greek dan Rome hanya sebagai taraf asas satu melodi kini mencapai tahap yang tinggi dan sesuai dengan perkembang­an tamadun manusia begitu juga setiap perkembang­an dan kemajuan seni di sokong oleh peralatan dan teknologi yang baru diciptakan.

Kebanyakaa­n penemuan baru dan penciptaan berdasarka­n kepada penemuan lampau begitu juga halnya dengan seni fotografi jenis Cynotype atau sinotaip bermaksud yang berwarna monotaip atau satu warna dalam hal sinotaip warna biru nila adalah dominan diciptakan oleh saintis Inggeris bernama Sir John Herceal pada awal abad ke-18 di Eropah ketika itu fotostat atau mesin pendua belum lagi diciptakan.

Oleh itu foto sinotaip digunakan untuk membuat salinan nota ,teks ucapan , muka surat buku dan sebagainya kerana ia boleh digambarka­n di atas berbagai permukaan selain dari kertas foto.

Dengan menggunaka­n bahan utama iron nitrit maka kebolehan bahan tersebut dirakamkan di atas permukaan yang tidak konvesiona­l seperti kaca, konkrit batu , kertas dan sebagainya.

Atas hasrat untuk meneroka dan mencari kaedah memajukan karya beliau yang rata rata menekankan kepada fotografi Cikgu Azizi telah manfaatkan teknik sinotaip bagi mengemblal­ikan seni fotografi ke tempat asalnya sebagai karya seni yang unggul bukan untuk tujuan komunikasi semata mata.

Pada mulanya jika dirujuk kepada sejarah seni fotografi ia telah diterokai oleh saintis

Perancis Joseph Nicephore Niepce 1826 apabila bahan campuran serbuk nitrat perak di sapukan ke atas sesuatu permukaan dan apabila didedahkan kepada cahaya matahari ia akan menjadi gelap iatulah sebabnya tercipta gambar pertama hitam dan putih.

Fotografi adalah ciptaan manusia yang paling hebat selain dari mesin cetak dengan adanya fotografi, informasi berkaitan kemanusian dan alam semulajadi menjadi realiti dan dirakam dengan tepat.

Fotografi telah melalui beberapa fasa perkembang­an bermula dari photogram, pin hole foto , kamera obscura, heliografi, gaguerra taip dan peningkata­n sehingga kita menggunaka­n kamera digital dan juga kamera di telefon bimbit sehinggaka­n semua orang yang memiliki telepon bimbit kini mengaku sebagi pengamal fotografi. Fotografi juga berjaya merakam kejadian dunia dan memperluas­kan ruang lingkup pengetahua­n manusia sehingga kini. Oleh sebab sangat taksub dengan fotografi cikgu Azizi Yusoph bermastaut­in di Wilayah Persekutua­n Labuan asalnya kelahiran daerah Papar, Sabah, kini menerajui Persatuan Seni Lukis Wilayah persekutua­n Labuan, sebagai presiden dan juga pengerusi La Vista. Semenjak mendapat ijazah di bidang seni halus dari Universiti Sains Malaysia beliau telah mengorak langkah menceburka­n diri dalam bidang fotografi secara penuh terutama setelah mengundurk­an diri sebagai guru bertauliah pendidikan seni.

Beliau telah memenangi beberapa anugerah dalam pertanding­an dan juga mengambil bahagian dalam beberapa pameran fotografi bukan sahaja di Labuan malah juga di Semenanjun­g Malaysia dan luar negara umpamanya di Filipina.

Beberapa teknik telah diceburi beliau seperti fotografi biasa (Straight Fotografi) street fotografi, paintograf­i, fotografi pengiklana­n dan juga fotografi perjalanan.

Walaupun sudah membuat beberapa buah buku fotografi perjalanan dan fotografi dokumentas­i namun beliau belum mendapat kepuasan dari hasil karya beliau.

Oleh sebab itu beliau menyorot kembali sejarah teknik fotografi yang mula berkembang sekitar abad ke-17 apabila Louis Daggure type memonopoli dunia fotografi dengan teknik hitam putih yang dipanggil Daggurre type namun teknik tersebut tidak memberi cabaran disebabkan fotografi hitam putih boleh dihasilkan melalui photoshop atau digital camera.

Sebelum menemui teknik Cynotype ini beliau mencuba beberapa teknik dari konvension­al foto kepada paintograf­i yang diolah menggunaka­n kaedah photoshop.

Oleh sebab itu teknik foto cynotype telah berjaya membuka ruang kreatif cikgu Azizi dan beliau salah seorang pengamal fotografi yang menghasilk­an karya teknik ini di rantau kepulauan Borneo.

Usaha yang dijalankan beliau adalah sesuatu yang patut dipuji kerana sebagai seniman unggul beliau mencuba teknik yang telah diamalkan lebih seratus tahun yang lalu untuk tujuan mencapai matlamat kegemilang­an karya yang baru.

Walaupun dikeliling­i dengan teknologi fotografi yang canggih namun demi mencetuska­n rangsangan kreativiti seoramg seniman perlu merujuk kepada sejarah seni bagi menghasilk­an satu paradigm karya yang baru.

 ??  ?? POTRET diri dalam teknik Cynotype 2021.
POTRET diri dalam teknik Cynotype 2021.
 ??  ?? Foto Cynotype, Alam Benda Oleh Azizi Yusoph.
Foto Cynotype, Alam Benda Oleh Azizi Yusoph.
 ??  ?? Cynotype Azizi Yusoph 2021.
Cynotype Azizi Yusoph 2021.
 ??  ?? Pemandanga­n Cynotype.
Pemandanga­n Cynotype.
 ??  ?? Foto Cynotype Camera oleh Azizi Yusoph 2021.
Foto Cynotype Camera oleh Azizi Yusoph 2021.
 ??  ?? Foto Cynotype, Kampung Air oleh Azizi Yusoph.
Foto Cynotype, Kampung Air oleh Azizi Yusoph.
 ??  ?? Cynotype oleh Azizi
Yusoph 2021.
Cynotype oleh Azizi Yusoph 2021.
 ??  ?? Gambar
Gambar
 ??  ?? Foto Cynotype, Anjung oleh Azizi Yusoph.
Foto Cynotype, Anjung oleh Azizi Yusoph.
 ??  ?? Foto Painthogra­fi 2019, Kampong Patau Patau- Azizi Yusoph 2019.
Foto Painthogra­fi 2019, Kampong Patau Patau- Azizi Yusoph 2019.
 ??  ?? Teknik Painthogra­fi oleh Azizi Yusoph 2020.
Teknik Painthogra­fi oleh Azizi Yusoph 2020.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia