Utusan Borneo (Sabah)

Kraftangan Malaysia sasar RM1.8 juta jualan menerusi WWA

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menyasarka­n RM1.8 juta hasil jualan menerusi program Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri (WWA) 2021 yang berlangsun­g di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula semalam hingga 2 Mei ini.

Ketua Pengarahny­a Ibrahim Ismail berkata, beliau yakin festival yang disertai oleh 120 usahawan dan dijayakan mengikut prosedur operasi standard( S O P) mampu mencapai sasaran tersebut meskipun masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Inilah peluang kita yang pertama mengadakan promosi secara fizikal selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak­an susulan COVID-19.

“Perbadanan berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk memberi kesempatan kepada usahawan-usahawan kraf tangan untuk berniaga secara fizikal.

“Kraf tangan yang dijual ini bukan hanya untuk digunakan sebagai cenderahat­i tetapi kita juga mahu mendidik masyarakat supaya menggunaka­n produk kraf dalam musim perayaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Antara barangan yang boleh didapati di festival tersebut adalah produk kraf seperti pakaian batik, hiasan rumah daripada rotan, kayu serta labu sayong selain program pengisian seperti pertanding­an kad raya kreatif serta mengikat samping dan tanjak.

Beliau berkata, festival bertemakan ‘Kraf Di Hati, Hari Raya Aidilfitri Di Nanti’, itu bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan kraf tetapi turut melibatkan usahawan yang menyediaka­n perkhidmat­an dan produk Aidilfitri.

Katanya, promosi tersebut turut diadakan serentak dituju h lokasi pusat beli-belah terpilih di seluruh negara iaitu East C o a s t Mal l, Pahang; Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Terengganu; Aeon Mall Kuching, Sarawak; Aeon Mall Kinta City, Perak; Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan; Mydin Mall Bertam, Pulau Pinang dan Freeport A’Famosa Outlet, Melaka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Ibrahim (kiri), melawat ruang pameran hasil kraf tangan sempena Program Promosi Warna-Warni Aidilfitri (WWA) 2021 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Ibrahim (kiri), melawat ruang pameran hasil kraf tangan sempena Program Promosi Warna-Warni Aidilfitri (WWA) 2021 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Ibrahim melihat beg tangan keluaran Emily Jeneble.
— Gambar Bernama TERTARIK: Ibrahim melihat beg tangan keluaran Emily Jeneble.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBER REZEKI: Mohd Yunus Baharun, 37, kelihatan tekun menyiapkan tengkolok sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga bermula RM80 sehingga RM450.
— Gambar Bernama SUMBER REZEKI: Mohd Yunus Baharun, 37, kelihatan tekun menyiapkan tengkolok sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga bermula RM80 sehingga RM450.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia