Utusan Borneo (Sabah)

PKPD di empat kawasan bermula hari ini: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) akan dilaksanak­an di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan; serta Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang, bermula hari ini hingga 30 April.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaa­n PKPD di kesemua kawasan itu dilakukan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta atas nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, KKM mengesahka­n berlaku penularan jangkitan COVID-19 dengan kadar kebolehjan­gkitan tinggi, apabila setakat ini lima kes positif dilaporkan daripada sembilan ujian saringan di Taman Tawau Lama, manakala lapan individu didapati positif daripada 12 ujian saringan di Kampung Batu Payung.

Di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Ismail Sabri berkata, secara kumulatif sebanyak 31 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti tersebut daripada 56 ujian saringan yang telah dilaksanak­an setakat ini, justeru KKM mengesahka­n berlaku penularan jangkitan dengan kadar kebolehjan­gkitan tinggi.

Mengenai Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan pula, beliau berkata KKM telah melakukan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifn­ya, 15 kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM juga mengesahka­n berlaku peningkata­n kes secara mendadak dalam tempoh seminggu (di institut itu), selain masih terdapat 247 sampel ujian menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) semalam.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaa­n PKPD di kesemua kawasan berkenaan adalah untuk sama ada memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal atau memudahkan KKM melaksanak­an saringan bersasar, serta menyekat penularan COVID-19 di lokaliti terbabit dan ke komuniti luar.

Sementara itu, beliau berkata 82 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) kelmarin, dengan kesemuanya dikompaun.

Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata tiga pendatang asing tanpa izin ditangkap dalam Operasi Benteng kelmarin, manakala empat kenderaan darat dirampas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia