Utusan Borneo (Sabah)

Aubameyang dapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan malaria

-

LONDON: Kapten Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang mendedahka­n bahawa beliau telah dimasukkan ke hospital selepas menghidapi malaria ketika dalam tugas antarabang­sa bersama Gabon bulan lepas.

Penyerang itu terlepas perlawanan ketika menang 3-0 dalam aksi Liga Perdana Ahad lepas ke atas Sheffield United dan juga tidak hadir untuk pasukan

The Gunners dalam perlawanan kedua suku akhir

Liga Europa menentang Slavia Prague pada Khamis.

Arsenal telah menyatakan Aubameyang tidak tampil atas sebab “sakit” tanpa mengulas lebih lanjut, sejurus sebelum rakan sepasukann­ya turun padang di ibu kota Czech, pemain kebangsaan Gabon itu memuat naik berita sakitnya di Instagram.

“Hai semua, terima kasih atas mesej dan panggilan semua,” tulisnya.

“Malangnya saya dijangkiti malaria semasa menjalani tugas antarabang­sa bersama Gabon beberapa minggu lalu. Saya telah meluangkan beberapa hari di hospital dalam minggu ini tetapi saya sudah beransur sihat hari demi hari, terima kasih kepada doktor hebat yang mengesan dan merawat virus itu dengan sangat pantas.

“Saya berasa tidak sihat dalam beberapa minggu lalu tetapi akan kembali lebih kuat tidak lama lagi! Akan menonton rakan saya kini, perlawanan yang besar buat kami! Ayuh menanginya @ arsenal.”

Aubameyang memulakan perlawanan pertama menentang Slavia di bangku simpanan kemudian diturunkan untuk membantu Nicolas Pepe dengan permainan tamat 1-1. Penyerang itu, 31, menandatan­gani kontrak tiga tahun yang menguntung­kan tahun lalu, namun telah bergelut dalam musim ini dan telah dikeluarka­n dari padang bulan lepas dalam perlawanan pasukan setempat London ekoran lambat sampai.

Beliau hanya menjaringk­an sembilan gol dalam 25 kemunculan Liga Perdana musim ini berbanding 22 gol musim lepas.

Belum pasti lagi berapa lama beliau akan diketepika­n dari padang. — AFP

 ??  ?? AUBAMEYANG
AUBAMEYANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia