Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan sikap jejaskan pasukan: Bung

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada pemain-pemain Sabah FC supaya menghentik­an sikap yang boleh menjejaska­n pasukan itu.

Katanya, sebarang permainan gosip perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaska­n pasukan.

"Kita kena hentikan, cukup, cukuplah. Saya beri amaran yang terakhir," katanya pada Majlis Sungkai Sabah FC di Pusat Konvesyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Amaran beliau itu sebagai susulan tindakan beberapa pemain Sabah FC baru-baru ini dilaporkan memboikot latihan mereka yang dikatakan ada kaitan dengan kelewatan pembayaran gaji mereka.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, beliau tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan sedemikian dan akan mengambil tindakan.

Katanya, pemain-pemain seharusnya menunjukka­n sifat-sifat kasih sayang, kesetiaan dan kecintaan dalam pasukan.

"Jika tiada sifat-sifat kecintaan, ia boleh dianggap sebagai pembelot.

"Jangan main-main, saya tidak main politik apabila saya mahu rombak SAFA dan Sabah FC," tegas Bung Moktar.

Beliau menjelaska­n, pihaknya sedar risiko apabila dia mengambil keputusan untuk menerajui persatuan bola sepak itu termasuk untuk merombak Sabah FC.

"Saya telah melakukan pengorbana­n termasuk wang ringgit, masa dan pengetahua­n. Namun tiada siapa yang tahu," katanya.

Ketika ditanya wartawan kemudian, Bung Moktar meminta pemain Sabah FC mempunyai kesatuan dalam pasukan dan tidak memikirkan soal-soal kepentinga­n peribadi yang boleh menjejaska­n pasukan.

"Matlamat kita bukan untuk menang semata-mata tetapi persembaha­n yang terbaik pasukan supaya para penyokong berpuas hati," tegasnya.

Katanya, jangan lagi ulangi sikap yang menjejaska­n pasukan sebaliknya pasukan Sabah FC perlu terus maju menjadi pasukan yang kuat.

"Perkara yang tidak sewajarnya jangan lagi ditimbulka­n. Jangan belum main lagi, pasukan sudah kalah," katanya.

Mengenai dengan perlawanan menentang pasukan UITM FC di Stadium Likas, Sabtu ini (17 April), Bung Moktar berkata, pihaknya berkeyakin­an Sabah FC mampu mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Katanya, berdasarka­n situasi perlawanan dengan Penang FC di tempat lawan minggu lalu, Sabah FC sewajarnya boleh mengutip mata dalam perlawanan tersebut.

 ??  ?? PEMIMPIN: Bung Moktar (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar pada majlis berbuka puasa itu.
PEMIMPIN: Bung Moktar (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar pada majlis berbuka puasa itu.
 ??  ?? TANDATANGA­N: Bung Moktar meletakkan tanda tangan pada cenderahat­i Sabah FC.
TANDATANGA­N: Bung Moktar meletakkan tanda tangan pada cenderahat­i Sabah FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia