Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal melangkah mudah ke separuh akhir Liga Europa

Kemenangan agregat 5-1 memadai buat The Gunners singkirkan Prague dari kejohanan dalam aksi suku akhir kedua

-

Kemenangan agregat 5-1 memadai buat The Gunners singkirkan Prague dari kejohanan dalam aksi suku akhir kedua

PRAGUE: Arsenal menjaringk­an tiga gol dalam tempoh enam minit dalam separuh masa pertama untuk mara ke separuh akhir Liga Europa apabila mereka melangkah selesa melepasi pasukan tuan rumah Slavia Prague 4-0 pada Khamis.

Nicolas Pepe, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka meledak pintu gol antara minit ke-18 dan ke-24 kemudian Lacazette menambah satu lagi jaringan dalam separuh masa kedua untuk membawa kemenangan agregat 5-1.

Arsenal bakal berhadapan dengan pasukan Sepanyol Villarreal dalam separuh akhir bermula pada 29 April.

Kumpulan Gunners itu perlu menjuarai Liga Europa untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan setelah mereka hambar di tempat kesembilan dalam Liga Perdana.

“Ia mengagumka­n untuk melihat pemain-pemain, bagaimana mereka mengendali­kan permainan dan betapa beraninya mereka,” kata jurulatih Arsenal Mikel Arteta, mengulas perlawanan itu sebagai “sebuah sampel tahap efisyen yang diperlukan untuk memenangi pertanding­an dalam Eropah”.

Pepe membuka pintu gol apabila beliau mengatasi penjaga gol Slavia Ondrej Kolar daripada jarak dekat.

Beliau telah dibantu oleh Emile Smith Rowe yang berjaya melepasi dua pemain pertahanan Slavia dan merembat gol.

Lacazette menambah gol kedua daripada sepakan penalti tiga minit kemudian selepas pemain tengah Slavia Jakub Hromada mengasari Saka dalam kotak itu.

Pemain Perancis yang menyandang gelang kapten pada malam itu, menunggu Kolar untuk beralih lalu melepasiny­a dengan tendangan ke sudut bawah.

Rancangan permainan Slavia musnah apabila Saka menjadikan skor 3-0 tiga minit kemudian dengan sepakan kidal rendah daripada luar kotak yang mendarat kemas ke sudut bawah.

“Ia sangat hebat dari mula sehingga tamat,” kata Saka.

“Saya rasa kami menampilka­n perwatakan sebenar. Kami terus memberi asakan, kami sangat kuat dalam separuh masa pertama dan boleh dikatakan mematikan permainan.”

Lacazette merembat masuk gol keduanya untuk malam itu dengan sepakan kiri pada minit ke-77 selepas Pepe mendapati rakannya itu tidak dihalang berdekatan kotak penalti.

Arsenal bermain tanpa kapten pasukan Pierre-Emerick Aubameyang, yang dalam pemulihan daripada malaria, dan tanpa pemain tengah Martin Odegaard, yang mengalami kecederaan buku lali.

Slavia pula bermain tanpa pemain pertahanan tengah Ondrej Kudela, yang sedang digantung 10 permainan atas dakwaan telah mengasari secara perkauman kepada pemain tengah Glasgow Rangers Glen Kamara dalam permainan Liga Europa pada Mac.

Slavia, telah menyingkir­kan Leicester awal dalam peringkat penyingkir­an dan selesa mendahului liga Czech sebanyak 16 mata, membuat empat pertukaran pada separuh masa, namun mereka tidak mampu membuka peluang sepanjang perlawanan. — AFP

Ia mengagumka­n untuk melihat pemain-pemain, bagaimana mereka mengendali­kan permainan dan betapa beraninya mereka. Mikel Arteta Pengurus Arsenal

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian dari babak aksi perlawanan Liga Europa pusingan kedua di antara Prague dan Arsenal di Prague. Arsenal menang agregat 5-1.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian dari babak aksi perlawanan Liga Europa pusingan kedua di antara Prague dan Arsenal di Prague. Arsenal menang agregat 5-1.
 ??  ?? ARTETA
ARTETA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia