Utusan Borneo (Sabah)

Tahanan di Sandakan rekod satu kluster baharu

143 kes positif baharu COVID-19 dilapor pada hari Jumaat

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan melibatkan tahanan di Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster berkenaan adalah Kluster DTI di Sandakan melibatkan tahanan yang menjalani saringan tahanan pada 12 April 2021, sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Jelas beliau, saringan ujian PCR mendapati 55 orang disahkan positif COVID-19.

Berdasarka­n laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 16 April 2021 (Jumaat) adalah sebanyak 143 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,510 kes dan tiada kes kematian direkodkan.

Daripada 143 kes positif COVID-19, katanya sebanyak 37 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes saringan bergejala, 84 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan kes dari lain-lain kategori.

“Jumlah pesakit COVID19

discaj dari hospital/sembuh 129 menjadikan jumlah kumulatif 54,994 orang.

“Seramai 904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 296 orang di hospital dan 608 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 57 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” tambahnya.

Dalam pada itu, Masidi turut mengumumka­n pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah bermula dari 17 April sehingga 30 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutua­n.

Selain itu, beliau berkata sebanyak enam kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarka­n di Kota Kinabalu, Tawau, Papar dan Sandakan.

Kompaun berkenaan katanya melibatkan aktiviti karaoke dalam premis lebih masa, tidak mengimbas kod Mysejahter­a, membawa penumpang belebihan, tidak memakai pelitup muka dan keluar dari kawasan lokaliti PKPD tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, perubahan warna zon melibatkan daerah Kota Marudu dan Tenom yang berubah dari Zon Kuning ke Zon Hijau, manakala Nabawan bertukar jadi Zon jingga ke Zon Kuning.

Mengenai statistik vaksinasi, beliau berkata setakat ini, seramai 389 orang telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 50,367 orang.

Bagi Dos 2 vaksin Pfizer BioNTech, tambahnya, seramai 12 orang telah menerima suntikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 41,853 orang.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk segera daftarkan diri menerima vaksin COVID-19 melalui MySejahter­a.

 ??  ??
 ??  ?? KES HARIAN: Perkembang­an Harian COVID-19 Negeri Sabah pada 16 April 2021 (Jumaat).
KES HARIAN: Perkembang­an Harian COVID-19 Negeri Sabah pada 16 April 2021 (Jumaat).
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia