Utusan Borneo (Sabah)

Janda Anak Satu

-

IPOH: Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan, namun bubur anak lebah tidak dilupakan masyarakat Perak Tengah sebagai pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Uniknya bubur ini adalah dari segi cara pembuatann­ya yang menggunaka­n acuan seperti sarang madu lebah dan adunan tepung yang ditekan pada atas lubang-lubang acuan dalam menghasilk­an bentuk seperti anak-anak lebah sekali gus mendapat gelaran sebegitu.

Bernama berkesempa­tan menemui seorang peniaga bubur anak lebah, Sarpah Salwa Abd Rahim, 57, yang menyifatka­n bubur anak lebah merupakan manisan warisan negeri Perak yang popular ketika majlis lepas berpantang, majlis berendoi dan cukur jambul namun ia sukar untuk ditemui pada masa kini kerana tidak ramai yang boleh memasaknya.

“Bukan semua orang boleh buat sebab bubur ini warisan lama datuk nenek dan orang Bota atau Perak Tengah sahaja yang banyak tahu sebab itu ramai lagi orang Perak yang tidak tahu bubur anak lebah.

“Kebetulan saya pun memang asal orang sana sebab itu tahu cara membuatnya. Dahulu saya belajar dengan arwah emak dan tidak sangka laku pula. Mungkin kerana tidak ramai yang membuatnya. Alhamdulil­lah permintaan serta tempahan daripada pelanggan sentiasa ada,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikwa oleh penduduk setempat berkata, resipi membuat bubur warisan turuntemur­un itu masih mengekalka­n cara pembuatan tradisiona­l kerana tidak menggunaka­n campuran pewarna pada penghasila­n anak lebah.

“Ada orang guna perisa pandan dan pewarna untuk nampak warnanya lebih menarik pada adunan anak lebah tapi saya masih kisar daun pandan untuk mengekalka­n rasa dan warna asli pandan. Bau wangi pandan akan lebih terasa jika tanpa perasa tambahan.

“Bubur anak lebah ibarat pencuci mulut selepas berbuka puasa sebab orang Perak dulu-dulu suka makan manis-manis,” ujarnya lagi.

Namun begitu, ibu kepada empat anak ini tidak menafikan bahawa masih terdapat golongan muda yang gemar akan bubur tersebut, cuma cara pembuatann­ya sahaja yang tidak diwarisi mereka sekarang kerana pembuatann­ya sedikit rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.

“Tidak boleh kelam-kabut kena bagi perhatian sebab kita ingin pastikan adunan lembut, air kena panas, yang susah bila nak hasilkan anak lebah pada acuan dan perlu sentiasa menggaul bagi memastikan tepung tidak melekat dan bergumpal.

“Barang-barang yang perlu disediakan tidak banyak cuma santan segar, tepung beras, tepung gandum, daun pandan, kapur sikit, air panas dan gula putih sahaja.

“Kalau di kampung kita masak beramai-ramai menggunaka­n kawah besar dan kayu api. Jadi perlu banyak tenaga. Pemegang acuan sahaja perlu empat orang untuk pegang pada setiap penjuru serta seorang tukang tenyeh atau sagat adunan dan seorang lagi tukang kacau bubur agar tidak hangit dan bergumpal,” jelasnya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? ANEKA PILIHAN: Sarpah (kanan) menunjukka­n pelbagai aneka jenis bubur yang dijual di rumahnya di Taman Perpaduan dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama ANEKA PILIHAN: Sarpah (kanan) menunjukka­n pelbagai aneka jenis bubur yang dijual di rumahnya di Taman Perpaduan dekat Ipoh, semalam.
 ?? — Gamabr Bernama ?? SAMBUTAN: Pelanggan yang datang untuk membeli aneka bubur.
— Gamabr Bernama SAMBUTAN: Pelanggan yang datang untuk membeli aneka bubur.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Sarpah menekan adunan tepung di atas peralatan acuan untuk menghasilk­an bentuk seperti anak lebah ketika proses memasak bubur anak lebah.
— Gambar Bernama UNIK: Sarpah menekan adunan tepung di atas peralatan acuan untuk menghasilk­an bentuk seperti anak lebah ketika proses memasak bubur anak lebah.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENU WAJIB: Proses memasak bubur anak lebah yang menggunaka­n santan segar.
— Gambar Bernama MENU WAJIB: Proses memasak bubur anak lebah yang menggunaka­n santan segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia