Utusan Borneo (Sabah)

Beri kerjasama kepada barisan hadapan

Bagi banteras penyebaran penyakit COVID-19 di Sandakan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun menyeru rakyat agar sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan barisan hadapan bagi membantera­s penyebaran penyakit COVID-19 khususnya di daerah ini.

Mengulas mengenai pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini bermula 17 April, Calvin berharap rakyat khususnya di kawasan Elopura agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata lagi, sekiranya tiada keperluan urusan untuk keluar rumah sepanjang PKP di daerah ini dijalankan, sebaiknya duduk di rumah dan keluar jika perlu sahaja serta sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak satu meter daripada individu lain.

“Saya risau dengan peningkata­n mendadak statistik jangkitan COVID-19 di Sabah terutama kawasan Elopura. Saya harap rakyat patuh pada SOP, jaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka khasnya di tempat awam selain utamakan keselamata­n dan kesihatan demi kebaikan masing-masing,” katanya di Sandakan.

Selain itu, Calvin menekankan kepada masyarakat awam untuk tidak mengadakan sebarang majlis yang boleh menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit ini.

“Sekarang pun sudah diumum PKP, oleh itu ikutlah peraturan. Tangguhkan dahulu sebarang majlis keramaian kerana kita tidak tahu apa akan jadi dan siapa bawa virus ini nanti merebak kita semua akan tambah susah. Marilah beri kerjasama untuk kebaikan bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Calvin menasihatk­an agar orang awam yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin untuk segera berbuat demikian khasnya kepada mereka yang layak menerima suntikan itu.

 ??  ?? CALVIN CHONG
CALVIN CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia