Utusan Borneo (Sabah)

358 PTI DIHANTAR PULANG

Ke negara asal menerusi Program Penghantar­an Pulang PTI Siri 4/2021

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Seramai 358 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warga Filipina telah dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Penghantar­an Pulang PTI Siri 4/2021 melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) dengan kerjasama Kedutaan Republik Filipina yang diketuai oleh Consul Leandro Luiz S. Manantan telah melaksanak­an Program Penghantar­an Pulang PTI warga Filipina berkenaan.

“Program penghantar­an pulang PTI warganegar­a Filipina ke Zamboanga ini merupakan penghantar­an kali kedua selepas penghantar­an pertama seramai 316 orang yang menjadikan jumlah keseluruha­n PTI warganegar­a Filipina telah diusir adalah 674 orang,” katanya.

Beliau memberitah­u sehingga kini seramai 916 orang jumlah keseluruha­n warga asing PTI yang berjaya diusir oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Mengulas lanjut program penghantar­an itu, Sade berkata semua PTI warganegar­a Filipina tersebut telah ditahan di Depot Imigresen Sandakan sejak tahun 2020 dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

“Proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID19 terhadap setiap PTI bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan COVID-19 terhadap setiap PTI sebelum penghantar­an

pulang dilaksanak­an seiring dengan Standard Operating Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kesemua PTI yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan

di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan PeraturanP­eraturan Imigresen 1963.

“Semua PTI telah menjalani hukuman mengikut perundanga­n negara untuk diusir keluar dari negeri Sabah,” katanya.

Sade mengingatk­an

semua warganegar­a asing agar memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mendapat kebenaran masuk sebelum berada di negeri Sabah.

“Semua agensi penguatkua­saan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan ini,” tegasnya.

Beliau berkata, Program Penghantar­an Pulang ini merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan proses pengusiran oleh JIM Sabah bagi tahanan yang ditempatka­n di Depot Imigresen seluruh negeri Sabah.

“Jabatan ini ingin merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan Program Penghantar­an Pulang ini termasuk Kedutaan Republik Filipina, Kementeria­n Luar Negeri, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia dan agensi-agensi lain yang turut membantu melancarka­n operasi pengusiran ini,” katanya.

Beliau berkata, JIM Negeri Sabah akan terus komited melakukan tindakan penguatkua­saan dan penghantar­an pulang PTI setelah mereka melalui semua proses perundanga­n dan mendapat pengesahan daripada kedutaan masingmasi­ng.

 ??  ?? HANTAR BALIK: PTI warga Filipina menaiki feri di Pelabuhan Sandakan untuk proses Program Penghantar­an Pulang PTI ke negara asal.
HANTAR BALIK: PTI warga Filipina menaiki feri di Pelabuhan Sandakan untuk proses Program Penghantar­an Pulang PTI ke negara asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia