Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kenaikan harga barangan di Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sebanyak 329 premis diperiksa di seluruh Sabah melalui Ops Pantau sejak hari pertama Ramadan bagi memantau kenaikan harga barangan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pemantauan yang dilakukan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati tidak berlaku kenaikan harga barangan yang mendadak di Sabah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sabah Taha Julai berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n di bawah Ops Pantau, pihaknya mendapati berlaku sedikit kenaikan harga barangan di sesetengah premis di sekitar pusat bandar raya terutama harga ayam.

Namun, setakat ini KPDNHEP Sabah belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga barangan.

Beliau berkata, pada hari biasa harga siling ayam super di Sabah sekitar RM9.80 hingga RM12 sekilogram. Tetapi, berdasarka­n pemantauan yang dibuat berlaku sedikit trend peningkata­n harga.

“Walaupun ketika ini harga ayam tidak dikawal, namun pejabat kami akan mengambil tindakan dengan mengeluark­an notis bermula 15 April.

“Kami akan mengeluark­an notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi meminta penternak/pengeluar dan pemborong menjelaska­n punca kenaikan harga barangan yang dijual.

“Penternak dan pengeluar perlu mengemukak­an bukti atau invois harga baharu. Kita melihat kenaikan harga ini pada dua peringkat iaitu penternak/pengeluar dan pemborong,” katanya ketika dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Sekiranya ada unsur mencatut dan peniaga ingin mengambil keuntungan berlebihan secara tidak munasabah, tindakan akan diambil.

Menurutnya, trend kenaikan harga barangan semasa bulan Ramadan bukan sesuatu yang normal. Kenaikan harga boleh berlaku sekiranya muncul pemborong yang hanya beroperasi semasa bulan Ramadan sahaja kerana dia tahu permintaan tinggi.

Katanya atas sebab itulah, KPDNHEP Sabah melaksanak­an pemantauan setiap hari di kawasan tumpuan pembeli. Biarpun tiada bazar Ramadan di Sabah, pihaknya masih memantau di pusatpusat jualan juadah Ramadan, pasar serta pasar raya.

Beliau turut memberi jaminanbek­alanbarang­antermasuk ayam di Sabah ketika ini mencukupi dan kenaikan harga yang tidak munasabah akan dielakkan daripada berlaku.

“Kenaikan harga barangan semasa bulan Ramadan sangat minimum. Berdasarka­n pemantauan pada tahuntahun sebelum ini, terdapat kurang 10 kes membabitka­n kenaikan harga barangan.

“Malah semasa pelaksanaa­n skim harga maksimum musim perayaan (SHMMP), kes melibatkan kenaikan harga barangan juga sangat kurang,” katanya.

 ??  ?? TAHA
TAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia