Utusan Borneo (Sabah)

51 kompaun kepada pengunjung, pemilik premis tanpa lesen

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sejumlah 51 kompaun diberikan kepada pengunjung serta pemilik premis hiburan dalam satu serbuan Ops Bersepadu yang dijalankan di Damai semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon berkata, pihaknya mengeluark­an enam kompaun selepas mendapati pemilik premis menjalanka­n perniagaan hiburan tanpa lesen sah.

“Pemilik premis turut menerima kompaun selepas meletakkan peralatan di kaki lima tanpa permit dan membina struktur bangunan tanpa kelulusan.

“Pihak DBKK turut menyita peralatan hiburan, meja dan kerusi di dalam premis yang diserbu,” katanya.

Menurutnya, 37 pelanggan yang didapati gagal melaksanak­an penjarakan fizikal juga menerima kompaun yang dikeluarka­n oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala pemilik premis turut dikompaun RM50,000 mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

“Kementeria­n Kesihatan

Malaysia (KKM) juga mengeluark­an tujuh notis kompaun dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyita minuman keras yang dipercayai dijual tanpa lesen,” katanya.

Beliau berkata, operasi bermula jam 10 malam sehingga 1.35 pagi itu dilaksanak­an hasil maklumat serta aduan orang awam bagi mengawal operasi perniagaan dan hiburan yang beroperasi tanpa lesen selain memastikan SOP COVID-19 dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan juga pengunjung.

Operasi dilaksanak­an pihak DBKK bersama KKM, PDRM dan JKDM dengan disertai 69 anggota yang terdiri dari Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkua­saan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Perancanga­n Bandaraya DBKK.

Robert berkata, operasi akan diadakan dari semasa ke semasa dan pemilik premis turut dinasihatk­an untuk mematuhi peraturan di dalam Undang-Undang Kecil DBKK.

Pengunjung juga dinasihatk­an agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

 ??  ?? SITA: DBKK menyita peralatan yang digunakan di pusat hiburan selepas beroperasi tanpa lesen.
SITA: DBKK menyita peralatan yang digunakan di pusat hiburan selepas beroperasi tanpa lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia