Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited bangunkan industri kayu untuk pasaran tempatan dan luar negara

- Oleh Yap Siong Han

PAPAR: Kerajaan Negeri terus komited membangunk­an industri kayu-kayan di Sabah sama ada untuk pasaran tempatan mahupun antarabang­sa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, Sabah mempunyai produk berasaskan kayu berkualiti yang mempunyai potensi besar untuk dibangunka­n secara komersial supaya menyumbang­kan kepada ekonomi negeri.

Katanya, untuk itu pengusaha industri kayu-kayan di Sabah sama pengusaha sektor perhutanan mahupun hiliran perlu bekerjasam­a bagi mengatasi isu yang berkaitan dengan industri ini.

“Saya berharap semua pengusaha sektor perhutanan (huluan) dan industri hiliran perkayuan dapat duduk semeja untuk samasama menangani isu-isu berkaitan perkayuan secara holistik agar dapat mencapai resolusi terbaik demi kepentinga­n jangka panjang sektor ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang kayu-kayan di Kimanis, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata, tujuan lawatan ialah bagi meninjau dan memahami masalah-masalah operasi kilang dalam sektor perkayuan secara menyeluruh.

Katanya, hasil dari lawatan itu beliau dapat melihat sendiri pelbagai produk kayu-kayan termasuk kayu berkualiti tinggi yang dieksport ke luar negara seperti Jerman, Poland, Jepun, Australia, Korea, Hong Kong dan Taiwan.

Pada masa sama katanya, hasil dari lawatan itu turut mengenal pasti beberapa masalah berkaitan dengan industri kayu yang perlu diatasi segera.

Katanya, pihak kementeria­n telah mengenal pasti masalah operasi yang dikemukan oleh kilang antaranya bekalan kayu tidak mencukupi, kos bahan mentah tinggi, kos perkapalan tinggi, gangguan tenaga elektrik yang kerap, tarif elektrik tinggi dan capaian Internet lambat.

“Semua masalah ini mengganggu proses kerja dan melemahkan produktivi­ti kilang dan ia dipandang serius oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementeria­n dalam proses menyediaka­n pelan utama (master plan) bagi industri kayu-kayan di negeri ini.

 ??  ?? KENANGAN: Joachim (lima kiri) merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan lawatan kerja berkenaan. Turut serta ialah Ketua Konservato­r Hutan Sabah Frederick Kugan (enam kanan).
KENANGAN: Joachim (lima kiri) merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan lawatan kerja berkenaan. Turut serta ialah Ketua Konservato­r Hutan Sabah Frederick Kugan (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia