Utusan Borneo (Sabah)

Wanita, OKU terus dibantu di bawah PEMERKASA

Kerajaan PN pastikan inisiatif beri manfaat kepada rakyat untuk depani cabaran pandemik COVID-19

- Oleh Jessica Jawing

Malang tidak berbau dan jangan tunggu apabila sudah berlaku baru kita sedar untuk mendapatka­n jaminan keselamata­n. Yeo Usahawan Yian wanita See

KUCHING: Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) memperkena­lkan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat dalam mendepani pandemik COVID-19.

Pakej rangsangan keenam tersebut merupakan kesinambun­gan kepada pakej-pakej rangsangan yang diperkenal­kan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac tahun lalu.

Tidak terkecuali menerima manfaat ialah golongan wanita dan orang kurang upaya (OKU) dengan inisiatif di bawah Prihatin Wanita dan Prihatin OKU.

Di bawah Prihatin Wanita, kerajaan memperuntu­kkan dana RM30 juta melalui Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro serta Program Shop Malaysia Online bagi membantu usahawan wanita beralih ke pasaran dalam talian.

Manakala, peruntukan RM10 juta dalam bentuk dana padanan 70 peratus bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri turut disediakan di bawah

Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Usahawan wanita, Yeo Yian See, 61, yang mengusahak­an tanaman sayursayur­an dan buah-buahan merupakan antara wanita pertama di Sarawak yang memanfaatk­an SPS.

Yeo berkata, beliau tidak teragak-agak mencarum dalam skim tersebut kerana menyedari kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Malang tidak berbau dan jangan tunggu apabila sudah berlaku baru kita sedar untuk mendapatka­n jaminan keselamata­n.

“Misalnya, sebelum ini suami saya ditimpa kemalangan semasa bekerja di kebun yang menyebabka­n tangannya cedera.

“Pada masa itu, terlintas di fikiran saya jika terjadi kemalangan lebih teruk, apakah yang akan berlaku jika saya tidak mampu menampung kos perubatan,” katanya.

Menurut Yeo, skim berkenaan amat wajar diperkenal­kan kerana ia jauh lebih murah berbanding insurans lain.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Kerajaan PN kerana menyediaka­n kemudahan sedemikian terutama kepada mereka yang bekerja sendiri.

 ??  ?? YEO
YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia