Utusan Borneo (Sabah)

Keprihatin­an Kerajaan PN amat dihargai

-

MENERUSI Prihatin OKU pula, kerajaan memperuntu­kkan RM20 juta untuk program keusahawan­an, RM26 juta elaun OKU bekerja dan RM25 juta skim mikro kredit istimewa.

Di bawah elaun OKU bekerja, had kelayakan gaji maksimun bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat ditingkatk­an daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan dan dijangka memanfaatk­an hampir 5,000 OKU bekerja dengan elaun RM450 sebulan.

Penerima Elaun OKU Bekerja, Isak Ngau yang mengusahak­an pusat urut berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan PN kerana telah meningkatk­an bantuan terbabit di bawah PEMERKASA.

“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu kami golongan OKU dan sudah semestinya kami bersyukur serta menghargai­nya.

“Ia tambahan untuk menampung perbelanja­an, meskipun bekerja tetapi ketika pandemik ini sudah pasti kami memerlukan bantuan lebih demi kelangsung­an hidup,” ujarnya.

Menurutnya, tambahan elaun itu mungkin nampak kecil, namun beliau yakin OKU tetap menghargai keprihatin­an kerajaan.

Isak yang juga Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia Cawangan Sarawak turut mencadangk­an agar Kerajaan PN memberi tambahan elaun sementara sehingga pandemik ini berakhir.

“Harapan kita untuk jangka masa panjang, kerajaan terus memberi meningkatk­an jumlah bantuan atau elaun ini, walaupun hanya RM50 tambahan setiap tahun, tetapi kami tetap bersyukur,” katanya.

Menurut Isak, di seluruh Sarawak terdapat lebih 100 OKU penglihata­n terlibat dalam perniagaan pusat urut, sama ada sepenuh masa mahupun secara sambilan.

 ??  ?? SYUKUR: Isak yang mengusahak­an pusat urut berterima kasih atas bantuan Kerajaan PN.
SYUKUR: Isak yang mengusahak­an pusat urut berterima kasih atas bantuan Kerajaan PN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia