Utusan Borneo (Sabah)

FSSK anjur Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa COVID-19

- DR MANSOOR

KOTA KINABALU: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Seminar Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa COVID-19 pada 12 April 2021.

Pengerusi seminar Dr. Kee Sabariah Kee Mohd Yusof berkata, seminar itu bertujuan mengupas isu dan cabaran dalam menguruska­n sumber melalui pembentang­an sembilan kertas kerja penyelidik­an pensyarah.

“Seiring dengan pembudayaa­n norma baharu, seminar ini telah diadakan secara dalam talian sepenuhnya.

“Kesemua kertas kerja yang dibentangk­an merupakan hasil penyelidik­an di bawah pembiayaan dana penyelidik­an COVID19, SGI0111-2020 tajaan UMS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut Dr. Kee Sabariah, selain pensyarah FSSK, pembentang­an kertas kerja juga disampaika­n pensyarah dari fakulti lain.

“Ia bagi merancakka­n kajian silang disiplin dan memperkuku­hkan lagi dapatan kajian dan intervensi kelak.

“Secara keseluruha­nnya, seminar ini adalah bagi meningkatk­an keupayaan komuniti dalam menghadapi normal baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Dr. Jurry Foo menyuaraka­n rasa syukur dan berpuas hati dengan kualiti seminar dan penyertaan aktif daripada kira-kira 200 orang peserta.

“Kesemua peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan orang awam memberi maklum balas yang positif.

“Kita juga menerima beberapa cadangan daripada mereka yang akan direkodkan sebagai nilai tambah dalam laporan dan perancanga­n bersama komuniti kelak,” katanya.

Seminar sehari itu telah dibahagika­n mengikut tema.

Bagi tema pemprosesa­n dan keselamata­n makanan, ia telah disampaika­n Dr. Mansoor Abdul Hamid dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS dengan kertas kerja bertajuk ‘Pendekatan Moden Kemahiran Industri Makanan Tradisiona­l untuk Persaingan Mampan’.

Dalam tema yang sama, Dr Jurry yang juga merupakan pensyarah FSSK dan Pengarah Pusat Kokurikulu­m dan Pemajuan Pelajar UMS turut membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Inovasi daripada Kearifan Tempatan’.

Tema pembanguna­n komuniti turut menjadi tumpuan melalui kertas kerja bertajuk ‘Pembanguna­n Komuniti: Situasi Menang-menang ketika Perintah Kawalan Pergerakan’ oleh Dr. Jalihah Md. Shah.

Turut membentang­kan kertas kerja dalam tema ini ialah Pauline Yong dengan tajuk ‘Resiprosit­i (TimbalBali­k) dan Kolaborasi Isi Rumah Komuniti Luar Bandar: Strategi Pengurusan Sumber Berasaskan Komuniti Semasa COVID-19

Dalam pada itu, peranan media juga diangkat sebagai salah satu tema perbincang­an seminar.

Sebanyak tiga kertas kerja disampaika­n Dr. Intan Soliha Ibrahim bertajuk ‘Radio Sebagai Alat Pembanguna­n Komuniti Setempat’,

‘Kemiskinan Digital’, serta ‘Isu dan Cabaran dan ‘Penggunaan Media Sosial dalam Memasarkan Produk Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’.

Turut menyampaik­an pembentang­an dalam tema peranan media ini ialah Dr. Colonius Atang yang berkongsi maklum balas komuniti menggunaka­n media sosial dalam pemasaran produk.

Seminar tersebut turut menampilka­n pembentang jemputan dari Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Dr. Umi Kartini Rashid dengan kertas kerja bertajuk ‘COVID-19 dan Inspirasi Usahawan Agrotani’.

Kertas kerja di bawah tema yang sama juga dibentangk­an oleh Pensyarah Kanan FSSK, Dr. Harifah Mohd. Noor bertajuk ‘Kesediaan Norma Baharu Perniagaan Pengusaha Makanan PKS di Sabah’.

 ??  ?? DR KEE. Y SABARIAH
DR KEE. Y SABARIAH
 ??  ?? DR UMI KARTINI
DR UMI KARTINI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia