Utusan Borneo (Sabah)

Kedah pertimbang premis untuk pusat komuniti CSM

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mempertimb­angkan sebuah premis milik kerajaan negeri yang tidak digunakan, untuk dijadikan pusat komuniti badan bukan kerajaan (NGO) Cancer Survivor Malaysia (CSM), yang selama ini banyak membantu pesakit kanser di Kedah.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Syed Shaharuddi­n Syed Abdullah berkata, terdapat tiga lokasi rumah telah dikenal pasti di sekitar sini iaitu di Alor Mengkudu, Kuala Kedah dan berhampira­n pusat pentadbira­n Wisma Darul Aman.

“Kita ada banyak rumah kerajaan negeri seperti kuarters kerajaan yang tidak gunakan dan boleh kita berikan kepada CSM, supaya mereka dapat beroperasi dengan lebih efisien dan selesa bagi membantu pesakit kanser dan keluarga mereka.

“Kita perlu baiki dulu sebelum ia boleh digunakan. Sebelum ini pun kita ada bagi pada agensi-agensi kerajaan lain, jadi kenapa tidak kita bagi kepada CSM yang telah banyak menyokong dan membantu pesakit kanser,” katanya kepada pemberita selepas mengagihka­n Pek Ramadan CSM berupa barangan makanan, kepada lebih 100 penerima terdiri daripada keluarga pesakit kanser di sini semalam.

Sementara itu Pengerusi CSM Zuraini Kamal berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih di atas keperihati­nan kerajaan negeri, yang sedia mempertimb­angkan menyediaka­n sebuah rumah sebagai pusat komuniti, bagi melancarka­n lagi aktiviti CSM.

“Bila ada rumah senanglah nak uruskan bantuan. Kalau depa (pesakit) ada masalah (berkaitan) bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), depa boleh mai (datang) sini (pusat komuniti CSM), dan kita boleh tolong ikut saluran yang betul dan kita boleh berikan kaunseling buat mereka.

“Itulah pentingnya bila ada satu pusat komuniti, kita sebenarnya tak mampu nak sewa, jadi kita nak yang percuma, kalau diberi pinjam pun tak apa,” katanya yang turut memaklumka­n CSM ditubuhkan pada 2012 dan kini mempunyai seramai 27,000 ahli di seluruh negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Syed Shaharuddi­n (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada penerima program agihan pek Ramadan Cancer Survivors di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Syed Shaharuddi­n (dua kiri) menyampaik­an bantuan kepada penerima program agihan pek Ramadan Cancer Survivors di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia