Utusan Borneo (Sabah)

156 petugas barisan hadapan di Tatau terima dos pertama vaksin

Program pemberian vaksin dijalankan di Dewan Sukan Tatau

- Oleh Ambrose Rirang

TATAU: Seramai 156 petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Daerah Tatau menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19, semalam.

Program pemberian vaksin itu yang dikendalik­an oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dan Klinik Kesihatan Daerah Tatau bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Sukan Tatau.

Salah seorang penerima vaksin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kelawit, Janudin Abdul Rahman, 58, berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana penganjura­n program vaksinasi secara percuma ini.

Golongan pendidik katanya, yang dikira sebagai golongan berisiko, harus diberikan suntikan vaksin secepat mungkin kerana mereka berjumpa dengan murid setiap hari termasuk para ibu bapa serta warga sekolah yang lain.

“Melalui suntikan dos pertama ini membuatkan saya dan golongan pendidik umumnya akan lebih yakin dan kental dalam melaksanak­an tanggungja­wab kerana sudah mempunyai daya ketahanan dalam tubuh bagi melawan jangkitan COVID19,” ujarnya.

Tidak dapat dinafikan katanya, bahawa perasaan bimbang sememangny­a menghantui mereka sebagai warga pendidik kerana sebagaiman­a semua maklum, semua individu berisiko sebagai pembawa virus pembunuh itu.

Justeru jelasnya, pemberian vaksin ini amat dinanti-nantikan semua pihak terutama warga pendidik bagi melindungi diri dan juga warga sekolah secara keseluruha­nnya.

“Saya turut difahamkan bahawa vaksin dos kedua akan diberikan pada 8 Mei ini nanti dan saya tidak sabar untuk melengkapk­an dos ini demi keselamata­n diri dan orang sekeliling di sekolah,” tambahnya.

“Melalui suntikan dos pertama ini membuatkan saya dan golongan pendidik umumnya akan lebih yakin dan kental dalam melaksanak­an tanggungja­wab kerana sudah mempunyai daya ketahanan dalam tubuh bagi melawan jangkitan COVID-19. Janudin Abdul Rahman Guru Besar SK Kelawit

 ??  ?? SAYA SUDAH DIVAKSIN: Cikgu Janudin, salah seorang penerima dos pertama vaksin COVID-19 di Daerah Tatau, semalam.
SAYA SUDAH DIVAKSIN: Cikgu Janudin, salah seorang penerima dos pertama vaksin COVID-19 di Daerah Tatau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia