Utusan Borneo (Sabah)

DEKOMS rayu JPBNS laksana PKP dua minggu

-

KUCHING: Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) merayu kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu di negeri ini.

DEKOMS melihat langkah ini perlu memandangk­an penularan wabak COVID-19 kini nampaknya seperti sukar dibendung.

Malah katanya, setiap hari jumlah kes positif kian meningkat dan tidak ada tanda-tanda akan menurun dalam masa terdekat.

Presiden DEKOMS Bujang Boji Sitam berkata, walaupun mereka hanya memohon untuk tempoh dua minggu, namun dalam tempoh tersebut sudah pasti beberapa langkah yang sepatutnya diambil oleh agensi-agensi berkaitan dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“DEKOMS berpendapa­t sekiranya tindakan untuk menguatkua­sakan ‘lockdown’ (sekatan pergerakan) ini dapat dilaksanak­an, ini pasti akan membantu mengurangk­an penularan wabak ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sebagai contoh sekatan pergerakan pada Mac lalu telah membantu Sarawak mengurangk­an kes positif yang hanya satu angka.

Jelasnya, DEKOMS berpendapa­t pelaksanaa­n PKP memang akan menjejaska­n sektor ekonomi, namun tidak terlalu teruk.

“Yang penting, nyawa rakyat perlu dijaga, dibanding dengan merudumnya ekonomi.

“Kalau terlalu banyak yang kehilangan nyawa akibat pandemik ini, ia juga akan menyebabka­n aktiviti ekonomi kita terjejas teruk,” tegasnya.

Menurut Bujang, ketika ini walaupun dikuatkuas­akan PKP Bersyarat atau PKP Diperketat­kan di beberapa daerah di negeri ini, namun nampaknya pergerakan orang ramai sukar dikawal.

Malahan kata beliau, ia menyebabka­n kes positif semakin meningkat di Sarawak.

“Janganlah kita hanya mementingk­an masalah ekonomi sahaja kerana kesihatan rakyat perlu dijaga bagi menjamin kelangsung­an perkembang­an ekonomi. Tanpa rakyat, sudah tentu ekonomi akan turut menguncup,” katanya.

Menurut beliau, rakyat pernah melalui PKP selama tiga bulan dahulu, maka tidak mustahil untuk rakyat dapat bertahan bagi tempoh dua minggu yang dicadangka­n.

DEKOMS juga kata beliau, berpendapa­t dengan PKP hanya selama dua minggu, tidak akan menghalang pihak kerajaan untuk menyediaka­n makanan kepada rakyat.

“Kita yakin dalam tempoh itu juga syarakat-syarikat korporat dan syarikat milik kerajaan akan turut tampil ke hadapan menghulurk­an bantuan kepada rakyat.

“Berdasarka­n kepada pengalaman lalu, bukan hanya kerajaan yang menghulurk­an bantuan makanan malah pihak syarikat milik kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) turut sama tampil menghulurk­an bantuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia