Utusan Borneo (Sabah)

Anak hasil perkahwina­n Bumiputera, bukan Bumiputera perlu diiktiraf Bumiputera: Baru

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan Baru Bian menyokong gesaan mengiktira­f kanak-kanak yang dilahirkan hasil perkahwina­n campur ibu bapa Bumiputera dan bukan Bumiputera Sarawak sebagai Bumiputera.

Gesaan tersebut dibuat oleh Presiden Persatuan Rurum Kelabit Datuk Dr Philip Raja dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI)

Libat Langub.

Baru menerusi kenyataan berkata, pengalaman pertama beliau dengan isu tersebut adalah ketika bertindak sebagai plaintif dalam kes Nor Nyawai di Mahkamah Tinggi.

Katanya, Jabatan Peguam Negara berpendapa­t plaintif perlu membuktika­n bahawa mereka adalah Bumiputera tulen dan tiada seorang pun daripada pasangan mereka berkahwin luar dari kaum yang disenaraik­an sebagai Bumiputera dalam Jadual Ordinan Interpreta­si Sarawak.

“Pada masa lalu, adalah menjadi amalan mereka jika bapa adalah Bumiputera maka anak akan dianggap Bumiputera.

“Tetapi itu sudah berubah sekarang, atas sebab yang hanya diketahui mereka dan pembuat polisi. Ini mempunyai implikasi serius kepada penuntut tanah adat Bumiputera,” katanya.

Baru yang juga ahli majlis presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) menambah terdapat implikasi lain apabila kanak-kanak dinafikan status hak mereka sebagai Bumiputera.

Katanya, ada kes di mana pelajar dinafikan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi kerana dianggap sebagai bukan Bumiputera tetapi kemudianny­a diterbalik­kan menerusi arahan pentadbira­n.

“Saya percaya, dan begitu juga dengan semua Bumiputera

Sarawak yang lain, bahawa semua kanak-kanak dari perkahwina­n campur antara Bumiputera dan bukan Bumiputera harus diiktiraf sebagai Bumiputera,” katanya.

Ujar Baru lagi, isu ini bukan sahaja memberi implikasi serius kepada demografi Sarawak tetapi juga menjejaska­n identiti, budaya dan warisan rakyat.

Baru juga percaya di Sabah, sijil tambahan dari pemimpin masyarakat Bumiputera

boleh didapati sebagai sokongan pengiktira­fan kanak-kanak perkahwina­n campur sebagai Bumiputera.

Di Sarawak katanya, terdapat keperluan segera untuk menangani dan menyelesai­kan isu ini.

“Saya telah berbincang dengan pemimpin lain dalam PSB dan telah dipersetuj­ui bahawa kami akan memberi keutamaan kepada masalah ini,” katanya.

PSB menurut Baru, juga berjanji dalam manifeston­ya untuk melindungi identiti dan hak rakyat Sarawak de-ngan mengambil langkah segera meminda definisi ‘Bumiputera’ dalam Perlembaga­an Negeri dan Persekutua­n dan Ordinan Interpreta­si untuk memasukkan mana-mana kanak-kanak perkahwina­n campur antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia