Utusan Borneo (Sabah)

AFF bakal manfaatkan 4,282 petani DUN Dudong

Sebahagian besar dana RM1 juta disalur ke unit pertanian Program Pembanguna­n Pertanian: Romeo

- Oleh Watt Zacchaeus

“Program fasilitasi pertanian dimaksudka­n untuk menyalurka­n bantuan dalam bentuk subsidi dan insentif kepada petani, perusahaan swasta, organisasi persendiri­an, institusi dan organisasi petani yang terlibat dalam pengembang­an sektor pertanian di Sarawak. Romeo Christophe­r Tegong Setiausaha Politik Ketua Menteri

SIBU: Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) berjumlah RM1 juta untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong akan memberi manfaat kepada 4,282 petani tempatan, kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong.

Ketika memberi penjelasan mengenai AFF, beliau berkata sebahagian besar dana itu akan disalurkan ke unit pertanian Program Pembanguna­n Pertanian (ADP) dalam bentuk 157.5 unit alat penyembur Knapsack bernilai RM787,919, RM20,000 untuk sistem terbuka sayursayur­an, RM15,000 untuk pemulihan buah-buahan dan RM177,081 untuk kerjakerja pembaikan di tiga jalan ladang.

“Program fasilitasi pertanian dimaksudka­n untuk menyalurka­n bantuan dalam bentuk subsidi dan insentif kepada petani, perusahaan swasta, organisasi persendiri­an, institusi dan organisasi petani yang terlibat dalam pengembang­an sektor pertanian di Sarawak,” katanya ketika bercakap dengan pemberita selepas menyampaik­an AFF kepada penerimany­a dari kawasan DUN Dudong di sini, petang kelmarin.

Sebagai tambahan, beliau mengatakan mekanisme telah dibuat untuk memastikan bahawa AFF akan memberi manfaat terus kepada kumpulan sasaran.

“Semua aplikasi (untuk AFF) akan diperiksa kerana kami ingin memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan yang akan memanfaatk­annya,” tegasnya.

Terdahulu, Romeo menyerahka­n AFF bernilai RM1 juta untuk peserta dari kawasan DUN Bawang Assan di Sungai Bidut di sini.

Katanya, kerajaan negeri, di bawah kepemimpin­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa mengutamak­an keperluan rakyat.

“Kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan masyarakat, terutama penduduk luar bandar yang bergantung hidup kepada sektor pertanian untuk mencari nafkah.

“AFF adalah untuk membantu para petani di luar bandar dengan lebih baik dalam meningkatk­an hasil mereka,” tambahnya lagi.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong, Pengerusi Parti Progresif Demokratik (PDP) Bahagian Dudong Kaunselor Teo Boon Siew dan Penolong Pegawai Kanan Jabatan Pertanian Sarawak Stephen Umping.

 ??  ?? MANFAAT RAKYAT: Romeo (barisan belakang, lima kiri) menyerahka­n bantuan AFF kepada salah seorang penerima dari kawasan DUN Dudong di Sibu, petang kelmarin.
MANFAAT RAKYAT: Romeo (barisan belakang, lima kiri) menyerahka­n bantuan AFF kepada salah seorang penerima dari kawasan DUN Dudong di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia