Utusan Borneo (Sabah)

Ketua masyarakat harus sampaikan maklumat tepat dasar kerajaan: Mong

-

SRI AMAN: Ketua-ketua masyarakat berperanan sebagai jambatan kepada kerajaan untuk menyampaik­an maklumat tepat mengenai dasar-dasar pembanguna­n yang disalurkan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagan berkata, pembanguna­n berterusan amat penting dan rakyat perlu mengambil peduli akan masa depan mereka.

“Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak termasuk ketua-ketua masyarakat di rumah-rumah panjang amatlah diperlukan sebagai jambatan kepada kerajaan menyampaik­an maklumat yang tepat berkenaan dasardasar pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Pelantikan Baharu dan Penyambung­an Sijil kepada 17 tuai rumah kawasan Bukit Begunan di Pejabat Pusat Khidmat Bukit Begunan, di sini kelmarin.

Menurutnya, peranan temenggung, pemanca, penghulu, kaunselor, ketua-ketua kampung, tuai-tuai rumah dan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di sesebuah kawasan rumah panjang dan kampung bukan sekadar sebagai pemimpin, malah penggerak kepada dasar kerajaan.

“Sekiranya mereka ini tidak menjalanka­n tanggungja­wab ini, kita percaya sukar untuk kerajaan menyalurka­n pembanguna­n ke kawasan terbabit.

“Adalah menjadi harapan kerajaan agar rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar dapat melakukan anjakan paradigma untuk menikmati pembanguna­n yang serupa seperti kawasan-kawasan bandar,” tegasnya.

Turut hadir sama Pembantu Khas beliau Whelthon Lumpoi serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

 ??  ?? BERSAMA KETUA MASYARAKAT: Mong (tiga kanan), Whelthon (dua kiri) bersama tuai rumah yang dilantik semula dan lantikan baharu di kawasan Bukit Begunan kelmarin.
BERSAMA KETUA MASYARAKAT: Mong (tiga kanan), Whelthon (dua kiri) bersama tuai rumah yang dilantik semula dan lantikan baharu di kawasan Bukit Begunan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia