Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan iktiraf, pertahan tuntutan sahih NCR

Program inisiatif baharu diperkenal pada 2010, percepat pengukuran, pengeluara­n surat hak milik

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan negeri mengiktira­f dan mempertaha­nkan hak rakyat ke atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) jika tuntutan tersebut adalah sahih mengikut perundanga­n, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau berkata, usaha pengukuran dan pengeluara­n surat hak milik tanah NCR ini mula dilaksanak­an oleh kerajaan sejak 1960-an melalui program seperti Operasi Penyelesai­an, Pengukuran Bahagian III Kanun Tanah Negeri dan Pengukuran Kampung Tradisiona­l.

Bagaimanap­un katanya, kaedah itu didapati kurang memberangs­angkan kerana dalam tempoh 50 tahun dari 1960 hingga 2010, hanya seluas 260,000 hektar (642,460 ekar) tanah NCR yang berjaya diukur.

“Maka itu, kita (kerajaan

Sarawak) memperkena­lkan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu pada 2010 yang telah dilaksanak­an dalam dua peringkat.

“Peringkat pertama, pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian).

“Manakala pada peringkat kedua, pengukuran secara lot individu dan pengeluara­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri akan dilaksanak­an,” ujarnya

Beliau berkata pada majlis

Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan DUN Tanjong Datu di Lundu, baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai majlis tersebut, Jamilah berkata, sebanyak tiga kampung bagi kawasan DUN Tanjong Datu menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Menurutnya, tiga kampung tersebut ialah Kampung Rayu Melayu, Kampung Rayu Iban dan Kampung Sungai Limo.

“Selain itu, terdapat 25 penerima lagi dari Kampung Siru Melayu, Kampung Siru Dayak dan Kampung Bajo Bergantong dan Sungai Batu masing-masing menerima Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Manakala selebihnya sebanyak 110 Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri akan diserahkan secara berperingk­at pada 20 dan 21 April 2021,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani dan Penguasa Tanah Dan Survei Bahagian Kuching Alfian Bawi.

Maka itu, kita (kerajaan Sarawak) memperkena­lkan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu pada 2010 yang telah dilaksanak­an dalam dua peringkat. Datuk Amar Jamilah Anu ADUN Tanjong Datu

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jamilah merakamkan kenangan selepas majlis penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan DUN Tanjong Datu di Lundu.
UNTUK ALBUM: Jamilah merakamkan kenangan selepas majlis penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan DUN Tanjong Datu di Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia