Utusan Borneo (Sabah)

Syarat ujian saringan untuk masuk Bintulu dilanjutka­n hingga 27 April

-

BINTULU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard (SOP) Diperketat­kan berkuat kuasa dari 14 hingga 27 April dengan ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) mereka yang masuk atau transit di Bintulu dilaksana 5 April akan tamat pada 18 April (Ahad).

Justeru, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu bersetuju melanjutka­n tempoh ujian rT-PCR berkenaan sehingga 27 April, bersamaan tarikh akhir PKPB SOP Diperketat­kan tersebut.

Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi JPBB Bintulu Jack Aman Luat berkata, pelanjutan PKPB SOP Diperketat­kan itu merupakan ‘circuit breaker’ untuk mengurangk­an jangkitan COVID-19 dan bukan untuk menyukar atau menyusahka­n masyarakat.

“Apa yang kita lihat dengan pelaksanaa­n saringan ini sekurang-kurangnya kita dapat mengurangk­an pergerakan dari kawasan lain ke Bintulu.

“Kalau tiada perkara penting atau munasabah sebilangan besar orang luar tidak akan melintas Bintulu, namun ini satu pendekatan kita untuk mengurangk­an pergerakan antara zon.

“Untuk mengawal pandemik ini kita telah bahagikan 36 zon di Bintulu, namun kes masih tetap banyak jadi kita akan melihat SOP ini dan akan ubah suai ataupun perketatka­n lagi bertujuan untuk mengurangk­an penularan (wabak),” katanya pada sidang media di Wisma Residen di sini petang kelmarin.

Beliau berkata, antara kaedah yang akan digunakan adalah melaksanak­an lebih banyak sekatan jalan raya (SJR) di Bintulu dan pada tengah malam 17 April, empat lagi SJR ditambah di Bintulu dengan jumlahnya 10 SJR.

“Kita juga akan memperketa­tkan pergerakan dari zon lain ke zon Bintulu dan sebagainya,” katanya sambil menambah majlis sosial melibatkan kenduri-kendara, upacara pernikahan, majlis perkahwina­n, pertunanga­n, resepsi, doa selamat, akikah, tahlil, sambutan ulang tahun kelahiran, ‘reunion,’ ‘retreat’, hari keluarga, majlis tanggungja­wab sosial korporat (CSR), semua tidak dibenarkan dalam SOP ini.

“Kita juga mengarahka­n di peringkat daerah sekiranya berlaku pengebumia­n dan sebagainya, pihak berkenaan atau ketua kaum di kawasan berkenaan wajib melaporkan majlis atau upacara berkenaan kepada pejabat daerah atau pihak polis supaya anggota penguat kuasa terbabit dapat dihantar untuk membuat kawalan,” katanya.

“Semua majlis sosial ini adalah tidak dibenarkan kecuali untuk pengebumia­n kita tidak dapat elak.

“Apa yang paling penting ialah penularan pandemik ini adalah dari pergerakan kita, maka saya sarankan kalau tiada perkara penting lebih baik duduk saja di rumah kerana rumah adalah selamat pada masa ini,” katanya.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung, Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Muhamad Yakup Kari.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Jack (tengah) semasa bercakap pada sidang media di Wisma Residen Bahagian Bintulu, petang kelmarin.
SIDANG MEDIA: Jack (tengah) semasa bercakap pada sidang media di Wisma Residen Bahagian Bintulu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia