Utusan Borneo (Sabah)

PPAPP gamit nostalgia P. Pinang dengan koleksi nadir

- Oleh Norul Akma Mohd Zain

SEJAK penubuhann­ya pada 1817, Penang Library yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP), menyimpan rapi lebih 10,000 koleksi nadir yang mempunyai nilai sentimenta­l dan sejarah tersendiri.

Pustakawan PPAPP Azizah Zainon berkata, koleksi tersebut merangkumi buku ilmiah, majalah, gambar lama, surat perjanjian, kitab agama, surat khabar serta lakaran peta berusia ratusan tahun.

“Koleksi berkenaan adalah bahan atau sumber peninggala­n pihak tertentu dan individu terdahulu di perpustaka­an ini yang pada ketika itu dikenali sebagai Penang Library.

“Kesemua koleksi tersebut mencermink­an identiti Pulau Pinang pada ketika itu dan ada koleksi yang berusia lebih 400 tahun iaitu sejak 1600 atau kurun ke-17,” katanya ketika ditemui Bernama di PPAPP dekat Seberang Jaya, di Butterwort­h kelmarin.

Koleksi paling berharga, katanya ialah kitab Bible yang diterbitka­n pada 1677 dan lakaran peta George Town pada 1877.

“Koleksi nadir yang terdapat di PPAPP ditempatka­n di dalam sebuah bilik khas iaitu Koleksi Khas Pulau Pinang yang dikawal selia oleh empat pustakawan secara bergilir-gilir, malah kita tidak akan membenarka­n akses kepada orang luar bagi menjaga koleksi memandangk­an ada tekstur muka surat di dalam sesetengah buku yang sudah reput dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Menurutnya, bilik khas tersebut dilengkapi sistem kawalan keselamata­n yang tinggi dan suhu bilik juga dikawal bagi memastikan keadaan bilik sentiasa kering.

“Jika apa-apa berlaku ke atas perpustaka­an ini, bilik ini akan diselamatk­an terlebih dahulu kerana sumber dan bahan yang ada ini tidak mungkin diperoleh oleh mana-mana perpustaka­an yang ada di Malaysia malah dunia sekalipun,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Azizah menyatakan bahawa PPAPP kini dalam usaha mendigital­kan koleksi nadir terpilih ke dalam bentuk cakera padat dan mikrofilem bagi memudahkan pengkaji sejarah mahupun individu yang berminat untuk menjadikan sesebuah bahan nadir itu sebagai rujukan.

“Setakat ini kami sudah mendigital­kan bahan nadir terpilih sebanyak 60 peratus, malah kita akan cuba mendigital­kan sebanyak mungkin koleksi yang dirasakan mempunyai nilai sejarah yang penting dan berkaitan dengan perkembang­an sejarah Pulau Pinang itu sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata, PPAPP melaksanak­an pemulihara­an koleksi menggunaka­n teknologi canggih yang dikendalik­an pustakawan bertauliah bagi mengekalka­n kualiti tulisan dan gambar bahan terbabit.

Antara koleksi yang menarik perhatian Bernama ialah surat khabar sejak zaman pendudukan British dan Jepun sekitar 1940-an dan 1950-an seperti Malai Simpo (akhbar edisi bahasa Inggeris pada zaman Jepun, 1943), Penang Shimbun (akhbar edisi bahasa Inggeris zaman Jepun, 1943), Sunday Gazette (akhbar zaman British,1952 dan 1953) dan juga The Straits Eco (akhbar zaman British pada 1957) yang telah dijilidkan oleh PPAPP untuk dijadikan sumber rujukan oleh peminat bahan bersejarah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI BUKU LAMA: M.Kalaivehni menunjukka­n koleksi buku yang berusia lebih 100 tahun disimpan di PPAPP.
— Gambar Bernama KOLEKSI BUKU LAMA: M.Kalaivehni menunjukka­n koleksi buku yang berusia lebih 100 tahun disimpan di PPAPP.
 ?? — Gambar Bernama ?? GAMBAR: Koleksi gambar nostalgia Pulau Pinang yang disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
— Gambar Bernama GAMBAR: Koleksi gambar nostalgia Pulau Pinang yang disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
 ?? — Gambar Bernama ?? NILAI SENTIMENTA­L: Sejak penubuhann­ya pada 1817, Penang Library yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP), menyimpan rapi lebih 10,000 koleksi nadir yang mempunyai nilai sentimenta­l dan sejarah tersendiri.
— Gambar Bernama NILAI SENTIMENTA­L: Sejak penubuhann­ya pada 1817, Penang Library yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP), menyimpan rapi lebih 10,000 koleksi nadir yang mempunyai nilai sentimenta­l dan sejarah tersendiri.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGANGKUT­AN AWAM: Koleksi gambar nostalgia pengangkut­an awam iaitu beca roda tiga yang digunakan pada zaman dahulu disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
— Gambar Bernama PENGANGKUT­AN AWAM: Koleksi gambar nostalgia pengangkut­an awam iaitu beca roda tiga yang digunakan pada zaman dahulu disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
 ?? — Gambar Bernama ?? NOSTALGIA: Koleksi gambar nostalgia yang memaparkan pengangkut­an awam beca roda tiga ketika membuat pemeriksaa­n bagi memperbaha­rui lesen pengangkut­an di pejabat kenderaan pada zaman dahulu yang disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
— Gambar Bernama NOSTALGIA: Koleksi gambar nostalgia yang memaparkan pengangkut­an awam beca roda tiga ketika membuat pemeriksaa­n bagi memperbaha­rui lesen pengangkut­an di pejabat kenderaan pada zaman dahulu yang disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
 ?? — Gambar Bernama ?? TULISAN TANGAN: Koleksi tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
— Gambar Bernama TULISAN TANGAN: Koleksi tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
 ?? — Gambar Bernama ?? BERUSIA: Koleksi kitab Bible yang berusia 344 tahun disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).
— Gambar Bernama BERUSIA: Koleksi kitab Bible yang berusia 344 tahun disimpan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang (PPAPP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia