Utusan Borneo (Sabah)

Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh

-

TRAGEDI kemalangan jalan raya kira-kira 25 tahun lepas sehingga mengakibat­kan kedua-dua belah matanya buta tidak mematahkan semangat seorang warga emas di Kampung Sri Gading, di Batu Pahat, untuk bergelar seorang penternak burung puyuh.

Kow Meng Soon, 60, berkata dia kini menternak 5,000 burung puyuh dan mampu menjual kira-kira 2,000 telur haiwan itu setiap hari kepada pemborong.

Menurut Kow, dia dan isteri, Disianti Lee, 30, perlu menternak burung berkenaan demi mata pencarian kerana ia satu-satunya pekerjaan yang mampu dilakukann­ya selepas menjadi orang kurang upaya (OKU).

“Sebelum ini saya bekerja di Singapura dan saya nekad untuk menternak burung puyuh walaupun tidak mempunyai pengalaman. Saya menggunaka­n wang simpanan hasil pekerjaan sebelum ini sebagai modal... ia lebih baik daripada saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Saya juga perlu bekerja keras, lebih-lebih lagi memiliki tiga anak berumur antara enam dan 15 tahun yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui Bernama, semalam.

Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakanny­a dengan kehilangan lebih separuh pendapatan.

Katanya, dia pernah kerugian besar apabila tidak dapat menternak burung puyuh hampir 10 bulan sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan tahun lepas.

“Ketika itu, saya perlu melupuskan hampir 10,000 burung puyuh selain memberikan­nya kepada kenalan dan jiran. Kini setelah hampir tiga bulan saya memulakan kembali ternakan, saya gembira dan bersyukur kerana telur puyuh ini masih mempunyai pasaran walaupun tidak seperti sebelum PKP,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sri Gading Sharuddin Abu Bakar berkata, dia berbangga dengan Kow yang tabah dan cekal untuk berjaya walaupun bergelar OKU.

“Kow merupakan satusatuny­a OKU yang boleh dianggap berjaya di kampung ini dan usahanya ini diharap dapat dijadikan teladan oleh para penduduk kampung,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENJADI PASARAN: Kow kini yang menternak kira-kira 5,000 ekor burung berkenaan dan mampu menjual lebih 2,000 biji telur burung peliharaan­nya itu setiap hari untuk pasaran setempat.
— Gambar Bernama MENJADI PASARAN: Kow kini yang menternak kira-kira 5,000 ekor burung berkenaan dan mampu menjual lebih 2,000 biji telur burung peliharaan­nya itu setiap hari untuk pasaran setempat.
 ?? — Gambar Bernama ?? BUKAN PENGHALANG: Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) yang buta kedua-dua belah matanya, tidak menghalang Kow Meng Soon, 60, yang tinggal di Kampung Sri Gading untuk bergelar usahawan dengan menternak burung puyuh di Batu Pahat, semalam.
— Gambar Bernama BUKAN PENGHALANG: Walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) yang buta kedua-dua belah matanya, tidak menghalang Kow Meng Soon, 60, yang tinggal di Kampung Sri Gading untuk bergelar usahawan dengan menternak burung puyuh di Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia