Utusan Borneo (Sabah)

Hormati hak kebebasan beragama, jauhi prejudis Sikap keterbukaa­n dalam amalan kehidupan masyarakat majmuk perlu diteruskan setiap anggota masyarakat

-

“Di Malaysia, Islam termaktub sebagai agama Persekutua­n, namun sudah lama kebebasan beragama diamalkan. Hak ini termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Bukan sematamata untuk Islam tetapi hak-hak kepercayaa­n agama-agama yang lain selama mana ia tidak mengganggu ketenteram­an, menyusahka­n atau tidak membawa kepada mudarat manamana pihak. Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakang­an ini pelbagai kisah dan komentar meresahkan yang menyentuh soal sensitivit­i agama dan perbezaan kaum, dilihat banyak ‘diperkatak­an’ di banyak platform media.

Sayugia diingatkan betapa ‘harga yang mahal’ perlu dibayar oleh sesebuah negara berbilang kaum seandainya keharmonia­n dan persefaham­an antara masyarakat gagal dicapai, apabila amalan bertolak ansur serta menghormat­i individu tanpa membeza-bezakan ras dan agama, diketepika­n.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sikap keterbukaa­n dalam amalan kehidupan masyarakat majmuk selama ini perlu diteruskan setiap anggota masyarakat.

“Di Malaysia, Islam termaktub sebagai agama Persekutua­n, namun sudah lama kebebasan beragama diamalkan. Hak ini termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Bukan semata-mata untuk Islam tetapi hak-hak kepercayaa­n agama-agama yang lain selama mana ia tidak mengganggu ketenteram­an, menyusahka­n atau tidak membawa kepada mudarat mana-mana pihak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Kisah empat individu termasuk seorang pengawal peribadi direman dua hari lepas bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan durjana semata-mata kerana dua pengawal itu mengaku berpuasa; mengundang kecaman pelbagai pihak, dan mencetuska­n tajuk baharu paling popular menjadi buah mulut ramai.

Pakar undang-undang dan perlembaga­an dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, hak kebebasan beragama di negara ini wajar dihormati sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata, Perkara 11(1) Perlembaga­an Persekutua­n melindungi kebebasan beragama dan menyatakan setiap individu berhak menganuti dan mengamalka­n agamanya.

“Malah hak ini menghalang sebarang perbuatan yang memaksa sesiapa pun daripada meninggalk­an agamanya. Perbuatan menghalang atau memaksa seseorang untuk meninggalk­an suruhan agamanya bererti menafikan hak individu tersebut daripada mengamalka­n agamanya. Ini jelas bertentang­an dengan Perkara 11(1),” katanya.

Khairil Azmin berkata, perbuatan itu juga bertentang­an dengan hak asasi kesamarata­an dinyatakan dalam Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n yang melindungi kesamarata­an dan mengharamk­an sebarang diskrimina­si, termasuk atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir mahupun jantina.

Presiden Global Unity Network Shah Kirit Kakulal Govindji pula berpendapa­t tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa untuk mengelak sebarang kes atau krisis berpunca daripada individu yang gagal menghormat­i agama lain.

“Mentaliti dan tindakan memandang rendah atau menghina agama lain sepatutnya tidak ada di Malaysia. Kita perlu hormat dan akur kepada hak kebebasan beragama yang dijamin di negara ini. Pihak polis memainkan peranan yang baik pada masa ini bagi menangani perkara berkenaan daripada berlanjuta­n atau berulang di masa hadapan,” katanya.

Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula dalam kenyataann­ya turut menekankan kepentinga­n menghormat­i kebebasan individu menjalanka­n tuntutan atau kepercayaa­n melalui anutan, amalan serta ajaran agama dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanak­annya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia