Utusan Borneo (Sabah)

Program kitar semula PPR pupuk sikap cintakan alam sekitar

-

KUALA LUMPUR: Dalam inisiatif menangani masalah bau busuk yang berpunca daripada pembuangan sampah tidak teratur, sekitar hujung tahun lepas lebih 200 penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari di Wangsa Maju di sini mula mengambil inisiatif mengamalka­n pengasinga­n sisa pepejal, di samping memupuk budaya kitar semula dalam komuniti itu.

Ketua Projek Kitar Semula PPR berkenaan Ismail Mohamad, 45, berkata, pada awalnya ketika projek itu mula dilaksanak­an Disember lepas, 500 kilogram barangan yang boleh dikitar semula diterima daripada penduduk, dan susulan sambutan yang menggalakk­an, projek itu kini dijadikan sebagai rutin mingguan.

“Ia bermula apabila masalah yang membelengg­u kami selama ini diketahui Persatuan Sosio Ekonomi Alam Sekitar (PERSEAS), yang seterusnya menggalakk­an kami untuk melakukan proses pengasinga­n sampah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau menyifatka­n projek itu medium terbaik untuk mendidik dan mengasuh golongan muda mengenai kepentinga­n kitar semula demi kelestaria­n alam sekitar, apabila ramai para remaja sekitar kawasan perumahan itu dilibatkan dalam projek berkenaan.

“Semuanya dilakukan secara sukarela, biasanya mereka akan bergerak dari pintu ke pintu bagi mengutip sampah kering seperti plastik dan botol kaca terutama di rumah yang dihuni warga emas, bagi mengumpul barangan itu, sebelum diasingkan dan dihantar ke pusat pengumpula­n,” katanya.

Mohd Firdaus Luqman Bahrin, 14, mengaku projek berkenaan telah membuka matanya mengenai kepentinga­n kitar semula, sekali gus memupuk sikap bertanggun­gjawab terhadap alam sekitar.

“Saya seronok sertai program ini. Ia bukan sahaja membantu mendisipli­nkan diri, tetapi turut mengubah cara hidup saya selain memberi pendapatan sampingan hasil jualan barangan itu,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1 Wangsa Maju ini.

Senada dengannya, seorang lagi remaja Nur Aina Najiha Ismail, 15, berpendapa­t di samping mewujudkan persekitar­an yang bersih dan indah di kawasan perumahan, program seumpama ini dapat menggalakk­an hubungan silaturahi­m di antara jiran tetangga.

Program Kitar Semula di PPR Wangsa Sari merupakan merupakan program lanjutan daripada projek perintis PPR Pekan Kepong yang akan diperluask­an secara berperingk­at ke sembilan parlimen lain di Kuala Lumpur.

Ia dijalankan Persatuan Lestari Alam Malaysia (MyNature) dan PERSEAS dengan kerjasama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Local Agenda 21 Kuala Lumpur serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp).

Sementara itu, Presiden MyNature Rashdan Rashid berkata, libat urus membabitka­n masyarakat adalah cabaran utama penguat kuasa dalam menguruska­n pengasinga­n sisa pepejal di premis sejak ia dikuatkuas­akan pada 1 September 2015 melalui

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 atau Akta 672.

“Kita memilih kawasan PPR berikutan faktor kepadatan pendudukny­a yang tinggi dan jumlah sampah yang terhasil juga sangat banyak,” katanya dan menambah projek itu dimulakan di PPR Pekan Kepong pada 2018 melibatkan seramai 96 peserta kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 dan 19 tahun. — Bernama

P. Pinang peruntuk RM15,000, tambah 2 unit AED di lokasi awam

GEORGE TOWN: Sejak pemasangan­nya di kawasan awam terpilih di sekitar Pulau Pinang pada 2015, alat Automated External Defribilla­tor (AED) telah membantu menyelamat­kan empat orang yang mengalami serangan jantung semasa bersenam, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menambah dua lagi AED bernilai keseluruha­n RM15,000, menjadikan keseluruha­n 68 unit tersedia untuk kegunaan awam sekiranya berlaku kes serangan jantung di tempat umum.

“Hari ini kita menyaksika­n mesin sokongan pintar yang ke-67 dan ke-68 akan dipasang, iaitu satu akan diletakkan di Taman Bukit Dumbar dan satu lagi akan diserahkan kepada Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Majlis Pengurusan Komuniti

Kampung Sungai Pinang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran AED itu di sini semalam.

Beliau turut menyeru wakil rakyat dan pemimpin setempat agar memastikan program pendidikan dan latihan berhubung rawatan kecemasan teknikal seperti resusitasi kardiopulm­onari (CPR) dan penggunaan AED yang betul kepada komuniti dapat diadakan dari semasa ke semasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KITAR SEMULA: Antara barangan kitar semula yang dijadikan bekas bagi tanaman pokok dan sayuran yang ditanam oleh sukarelawa­n yang juga penduduk PPR ketika tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama KITAR SEMULA: Antara barangan kitar semula yang dijadikan bekas bagi tanaman pokok dan sayuran yang ditanam oleh sukarelawa­n yang juga penduduk PPR ketika tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUSUN: Sukarelawa­n yang juga penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari terdiri daripada kanak-kanak dan remaja sedang menyusun barang yang boleh dikitar semula ketika tinjauan di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUSUN: Sukarelawa­n yang juga penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari terdiri daripada kanak-kanak dan remaja sedang menyusun barang yang boleh dikitar semula ketika tinjauan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia