Utusan Borneo (Sabah)

41 pendatang dari Afrika mati bot karam di luar Tunisia

-

TUNIS: Sekurang-kurangnya 41 orang, termasuk seorang kanak-kanak, telah meninggal dunia selepas sebuah bot membawa pendatang Afrika ke Eropah karam di luar Tunisia, menurut agensi pelarian PBB dan Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi kelmarin.

“Menurut laporan dari pasukan tempatan UNHCR dan IOM, tiga mangsa yang masih hidup telah diselamatk­an oleh Pengawal

Pantai Negara” selepas kejadian karam pada Khamis lepas, menurut mereka dalam satu kenyataan bersama.

“Mayat 41 orang, termasuk sekurangku­rangnya seorang kanakkanak, setakat ini telah dikeluarka­n,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum itu, Ali Ayari, jurucakap bagi pengawal pantai Tunisia di bandar Sfax, menyatakan angka kematian sejumlah 20 orang.

Beliau menyatakan mayat 11 orang lelaki, lapan orang wanita dan seorang kanakkanak telah ditemui. Seramai 17 orang lagi telah hilang.

Operasi mencari, dihentikan disebabkan oleh keadaan cuaca buruk, akan diteruskan semalam, tambah beliau.

Kenyataan bersama UNHCR-IOM menyatakan semula mereka yang terkorban adalah dari Afrika sub-Sahara.

“Kehilangan nyawa yang tragik ini sekali lagi menunjukka­n perlunya bagi memperluas­kan dan memperkemb­angkan operasi mencari dan menyelamat diketuai oleh negara di sekitar Central Mediterran­ean, di mana kira-kira 290 orang telah kehilangan nyawa mereka pada tahun ini sahaja,” tambahnya.

“Solidariti di sekitar wilayah dan sokongan terhadap pihak berkuasa negara dalam usaha mereka untuk menghalang kehilangan nyawa dan mendakwa penyeludup serta pengedar harus menjadi satu keutamaan.”

Mediterran­ean tengah merupakan laluan paling berbahaya bagi bakal pendatang ke Eropah, yang biasanya menaiki kapal buatan sendiri untuk merentasi lautan.

“Pada tahun ini sahaja, perjalanan laut dari Tunisia ke Eropah telah meningkat lebih dari tiga kali ganda berbanding dengan tempoh yang sama pada 2020," menurut kenyataan dari UNHCR-IOM.

Sekurang-kurangnya 1,200 pendatang meninggal dunia di Mediterran­ean pada tahun lepas, kebanyakan dari mereka menyeberan­gi bahagian tengah lautan, menurut Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu. — AFP

 ??  ?? ‘DALANG’: Gambar menunjukka­n bungkusan dadah diikat dekat badan seeokor kucing untuk diseludup masuk ke dalam penjara di Colon, Panama.
‘DALANG’: Gambar menunjukka­n bungkusan dadah diikat dekat badan seeokor kucing untuk diseludup masuk ke dalam penjara di Colon, Panama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia