Utusan Borneo (Sabah)

Serbuan gempur ‘Geng Nicky’ dibuat mengikut SOP PDRM: Ayob Khan

-

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia semalam menegaskan serbuan Ops Pelican 3.0 yang dilakukan di Trigon Residence Setiawalk, Puchong, Selangor pada 20 dan 21 Mac lepas bagi menggempur kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’, dijalankan mengikut prosedur operasi standard pasukan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semasa serbuan itu dilakukan, sebanyak 45 unit kondominiu­m telah digeledah dengan cara memecahkan tombol pintu dan penggeleda­han dibuat berdasarka­n maklumat risikan dan atas sebab-sebab yang munasabah.

Ini termasuk selepas polis mengesyaki kondominiu­m terbabit menjadi tempat persembuny­ian geng berkenaan dan menyimpan dokumen atau harta-harta terlibat.

“Serbuan dan penggeleda­han juga mematuhi peruntukan undang-undang

Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarka­n sebagai menjawab luahan penduduk kondominiu­m tersebut berkaitan kerosakan di kediaman mereka susulan serbuan berkenaan.

Serbuan itu membabitka­n 220 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai jabatan, melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen

Johor dan Pasukan Gerakan Am Batalion 4, Cheras, Kuala Lumpur.

‘Geng Nicky’ dipercayai diketuai oleh seorang lelaki tempatan bergelar ‘Datuk Seri’, dikenali Nicky Liow Soon Hee, 33, yang kini dalam buruan polis kerana disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah terancang seperti penipuan dan pengubahan wang haram.

Liow juga adalah pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk, Puchong. — Bernama

KUANTAN: Seorang peniaga durian di Raub mendakwa kerugian RM178,132 setelah menyertai pelaburan tidak wujud yang diperkenal­kan rakan media sosial yang baru dikenaliny­a bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 28 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi Momo pada 19 Mac lalu, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp.

“Wanita itu dikatakan telah berkongsi maklumat pelaburan dengan jaminan pulangan hebat menyebabka­n mangsa yang ingin mencuba, telah ke pautan laman web diberikan suspek dan melabur RM500.

“Mangsa mendakwa menerima keuntungan sebanyak RM807 beberapa hari selepas melabur, menyebabka­n dia bersetuju dengan cadangan suspek untuk menggandak­an pelaburan kepada RM200,000,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Wazir berkata, mangsa bagaimanap­un hanya mendeposit­kan wang berjumlah RM178,132 melalui 17 transaksi dalam talian ke empat akaun berbeza yang oleh diberikan suspek mulai hujung Mac hingga awal April lepas.

Mangsa mendakwa dirinya turut menerima pesanan WhatsApp daripada nombor tidak dikenali memaklumka­n pelaburan dibuatnya ‘berjaya’ memperoleh keuntungan sebanyak RM218,715.

“Bagaimanap­un, mangsa mendakwa tidak dapat mengeluark­an wang itu atas alasan masalah teknikal sistem pelaburan dan diminta menjelaska­n bayaran 50 peratus daripada jumlah keuntungan menyebabka­n dia berasa ditipu,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub kira-kira 232 kilometer dari sini kelmarin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ??  ?? Anggota polis mengangkat mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh untuk dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Nerus bagi tindakan lanjut. Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat itu pada jam 8.15 pagi semalam.
Anggota polis mengangkat mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh untuk dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Nerus bagi tindakan lanjut. Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat itu pada jam 8.15 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia