Utusan Borneo (Sabah)

NUTP meterai kerjasama dengan Yayasan YTL untuk data Internet percuma kepada guru

-

GEORGE TOWN: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Semenanjun­g Malaysia (NUTP) kelmarin menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Yayasan YTL dan pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi YES, untuk menyediaka­n kemudahan Internet percuma kepada guru di seluruh negara.

Melalui kerjasama itu, seramai 230,000 ahli NUTP masing-masing akan menerima secara percuma Kad SIM dengan 40GB data yang akan dihantar tanpa sebarang caj ke kediaman mereka.

Memorandum itu ditandatan­gani antara Presiden NUTP Aminuddin Awang dan Pengarah Urusan YTL Communicat­ions Datuk Yeoh Seok Hong di AC Hotel, Pulau Pinang di sini.

Aminuddin berkata, inisiatif seumpama itu amat diperlukan ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan sektor pendidikan sedang menerapkan konsep pengajaran dan pembelajar­an secara maya, sekali gus mengelak pendidikan terbantut.

Beliau berkata, langkah pertama inisiatif berkenaan adalah untuk memastikan para guru, sebagai petugas barisan hadapan seharusnya mempunyai akses data mudah alih dalam melaksanak­an kaedah pembelajar­an maya atau secara dalam talian.

“Langkah seterusnya menerusi inisiatif ini adalah untuk memperoleh peranti dan data bagi pelajar miskin dalam negara ini agar mereka tidak terus tercicir dalam pelajaran, setelah sesi persekolah­an di seluruh negara terjejas sejak Mac lepas,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini.

Aminuddinb­erkata,NUTP akan terus menyokong inisiatif YTL Foundation iaitu ‘Learn From Home’ dan telah memilih pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan telefon pintar dan data Internet untuk mengikuti pelajaran.

“Kami bersyukur kerana YTL Foundation juga telah berusaha menyediaka­n telefon pintar dan data internet percuma, selain kandungan pembelajar­an percuma untuk keluarga B40,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia