Utusan Borneo (Sabah)

Bazar ditutup, peniaga mengeluh terpaksa cari rezeki di tempat lain

-

KUALA TERENGGANU: Penutupan sementara bazar Ramadan Tok Adis di sini berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memaksa peniaga di bazar itu mencari ‘lubuk rezeki’ yang lain.

Peniaga air balang, Muhammad Syahmi Badli Ramli, 30, yang masih terkejut dengan berita penutupan sementara bazar itu berkata, beliau terpaksa mencari alternatif lain dan bercadang untuk menjual nasi lemak di tepi jalan pada waktu malam demi memastikan kelangsung­an kehidupann­ya dan para pekerja.

“Memanglah kecewa sebab ini kali pertama saya berniaga di bazar dan saya telah keluarkan modal RM3,000 untuk berniaga air balang, namun saya harus segera memikirkan cara lain untuk mencari rezeki kerana bazar ditutup selama dua minggu. Ia adalah tempoh yang lama.

“Lagipun saya telah ambil lima pekerja untuk membantu saya berniaga di bazar sepanjang bulan puasa ini jadi kalau saya tidak berniaga mereka pun hilang pendapatan. Saya masih mencari tapak baharu yang sesuai dan berharap akan dapat segera mula berniaga nasi lemak,” katanya kepada Bernama semalam.

Bapa kepada seorang anak itu juga berharap penutupan sementara Bazar Ramadan Tok Adis dijadikan iktibar buat semua pihak termasuk para pengunjung supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Selama tiga hari berniaga di bazar yang paling ketara saya lihat adalah pengunjung gagal mematuhi penjarakan fizikal ketika beratur untuk masuk ke dalam bazar, sedangkan kebanyakan kami para peniaga menyewa dua tapak bagi memastikan gerai kami cukup luas dan penjarakan fizikal dapat dipatuhi,” katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri

Terengganu semalam mengesahka­n Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari bermula jam 8.00 malam kelmarin hingga 30 April agar penganjur dapat memperkema­skan SOP yang ditetapkan dan memastikan ia dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung.

Sementara itu, seorang peniaga mi sup dan ‘som tam’ yang hanya ingin dikenali sebagai Faridah berkata beliau terpaksa menanggung kerugian kerana telah mengeluark­an modal RM10,000 bagi membeli stok bekalan bahan masakan dan peralatan jualan.

“Untuk dapatkan RM10,000 itu pun saya terpaksa gadai barang kemas. Selalunya selepas 15 hari berniaga barulah balik modal. Tetapi ini baru sahaja empat hari berniaga jualan pun tidak sampai RM4,000. Tak balik modal lagi.

“Sudah la tahun lepas tidak boleh berniaga di bazar akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ingatkan Ramadan tahun ini ingin cari rezeki lebih tetapi apakan daya kita terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarka­n,” katanya yang telah enam tahun berniaga di bazar Ramadan tersebut.

Wanita berusia 42 tahun itu masih buntu dalam menghadapi situasi tersebut dan berharap agar tempoh penutupan sementara bazar itu dipendekka­n supaya beliau bersama lebih 70 lagi peniaga yang lain dapat berniaga semula di situ. — Bernama

ALOR SETAR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kindness Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan ‘Kafe Kindness Kitchen’ untuk golongan tidak berkemampu­an menikmati hidangan makanan secara percuma di kafe.

Pengerusin­ya, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, golongan asnaf seperti fakir dan miskin selain gelandanga­n, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) boleh mengunjung­i kafe itu di Jalan Sultanah di sini yang buat permulaan beroperasi setiap Sabtu sahaja.

“Kafe beroperasi dari jam 7 hingga 9 malam dalam bulan Ramadan ini manakala pada hari biasa ia akan beroperasi dari jam 8 hingga 11 malam. Sepanjang Ramadan ini, kita sasarkan lebih 300 asnaf akan mendapat manfaat daripada projek ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Azrul berkata, kafe yang dilancarka­n pada Selasa lepas itu terhasil selepas soal selidik dijalankan terhadap golongan asnaf yang kebanyakan mereka tidak pernah atau jarang dapat makan di luar kerana kos tinggi terutamany­a yang mempunyai ahli keluarga ramai.

“Mereka boleh datang makan di kafe ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Seramai 25 sukarelawa­n akan bertugas secara giliran termasuk memasak makanan seperti masakan panas, masakan barat, kuih-muih dan minuman,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memperuntu­kkan kira-kira RM300 untuk setiap kali tajaan berbuka puasa kepada 25 hingga 30 asnaf dalam satu masa.

Katanya, proses untuk menyiapkan kafe itu termasuk pengubahsu­aian yang mengambil masa hampir tiga bulan yang dimulakan pada Januari lepas dan menelan belanja keseluruha­n berjumlah RM3,000.

Mohd Azrul berkata, pihaknya merancang untuk membuka kafe berkenaan enam hari seminggu, namun ketika ini tidak dapat dilaksanak­an berikutan kekurangan sukarelawa­n untuk bertugas.

Sehubungan itu, sekiranya ada individu yang berminat untuk menjadi sukarelawa­n Kindness Malaysia (Kedah), mereka boleh menghubung­i talian 016-7074798 manakala sesiapa yang ingin menaja juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini boleh berbuat demikian di akaun Maybank 5520-9523-6240 (Kindness Malaysia). — Bernama

 ??  ?? TIDAK BEROPERASI: Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ketika tinjauan di Kuala Terengganu, semalam.
TIDAK BEROPERASI: Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ketika tinjauan di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia