Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan bawa tuah, perintis nanas cobek di Malaysia berjaya tuai hasil pertama

-

TUMPAT: Siapa sangka cubaan seorang bekas kontraktor pembinaan yang juga perintis tanaman nanas cobek di negara ini untuk menanam variasi itu sejak akhir 2019, kini berjaya membuahkan hasil tuaian pertama.

Penanam nanas cobek Mohd Alida’em Ibrahim, 47, berkata uniknya nanas variasi itu ialah untuk menikmatin­ya, kulitnya tidakperlu­dikupastet­apihanya perlu mencubit mata atau ruasnya menggunaka­n jari kerana teksturnya yang begitu rapuh selain mempunyai rasa yang sangat manis dan berjus.

“Pada tempoh percubaan akhir tahun 2019, saya menanam sebanyak 20,000 benih pokok nanas cobek dan pada Februari lepas saya berjaya menuai hasil pertama sebanyak dua tan yang diusahakan di atas tanah seluas dua hektar.

“Saya langsung tidak menyangka, percubaan saya itu mampu membuahkan hasil sehingga hasil tuaian pertama itu mampu memberi pulangan lumayan yang mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya ketika ditemui pemberita di kebun nanas miliknya yang dinamakan Daimler Goxvilla Pine, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Alida’em berkata, ekoran tanaman variasi ini belum meluas di pasaran menjadikan harga jualan nanas cobek agak tinggi di pasaran berbanding nanas biasa.

“Nanas cobek ini kebiasaann­ya mengambil masa seperti nanas biasa juga iaitu sekitar 12 hingga 18 bulan dan ia mampu dijual pada harga mencecah RM10 sekilogram bergantung kepada gred berbanding nanas biasa yang hanya dijual sekitar harga RM4 hingga RM5 sekilogram.

“Dari segi pasaran, saya hanya menjual di ladang dan pembeli akan datang ke ladang ini untuk memperoleh bekalan nanas cobek. Malah, dari segi penjagaann­ya juga ia tidak rumit memandangk­an tanaman ini lasak dan tidak memerlukan air yang banyak dengan hanya sekali sekala perlu dibaja,” katanya.

Menceritak­an mengenai idea mengusahak­an nanas cobek itu, Mohd Alida’em berkata beliau suka mencuba pelbagai variasi pertanian baharu di samping turut menanam nanas variasi MD2 sebanyak 50,000 pokok.

“Sayamempun­yaiminatya­ng mendalam terhadap bidang tanaman selain secara kebetulan mempunyai tanah terbiar milik sendiri seluas 10 hektar. Dari situ juga tercetus idea untuk mencuba tanaman variasi nanas yang boleh dimakan tanpa mengupas kulit ini.

“Malah, selepas bulan Ramadan ini juga saya turut berhasrat untuk mengembang­kan lagi tanaman variasi nanas cobek dan MD2 ini serta memasarkan­nya secara lebih meluas,” katanya yang turut menerima khidmat nasihat Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) bagi mendapatka­n hasil terbaik dalam penanaman nanasnya itu. — Bernama

 ??  ?? SENANG DIJAGA: Mohd Alida’em menunjukka­n variasi nanas cobek yang sudah masak ketika ditemui pemberita di Daimler Goxvilla Farm, Kampung Pulau Kerbau di Tumpat.
SENANG DIJAGA: Mohd Alida’em menunjukka­n variasi nanas cobek yang sudah masak ketika ditemui pemberita di Daimler Goxvilla Farm, Kampung Pulau Kerbau di Tumpat.
 ??  ?? SANGAT MANIS DAN BERJUS: Variasi nanas cobek yang boleh dikupas hanya menggunaka­n tangan dek kerana kerapuhann­ya seperti yang diusahakan Mohd Alida’em di Daimler Goxvilla Farm, Kampung Pulau Kerbau di Tumpat, semalam.
SANGAT MANIS DAN BERJUS: Variasi nanas cobek yang boleh dikupas hanya menggunaka­n tangan dek kerana kerapuhann­ya seperti yang diusahakan Mohd Alida’em di Daimler Goxvilla Farm, Kampung Pulau Kerbau di Tumpat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia