Utusan Borneo (Sabah)

Setakat ini 61 kandungan telah diminta untuk diturunkan kepada penyedia media sosial

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan satu lagi penyiaran iklan yang mengajak umat Islam dalam negara berjudi bagi mendapatka­n dana balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial ketika ini, yang dianggap hanya mendatangk­an mudarat kepada masyarakat.

Sehubungan itu, menurutnya MCMC sekali lagi telah menghubung­i pihak penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter, dan YouTube bagi menurunkan kandungan berkenaan mengikut terma perkhidmat­an serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka.

Menurutnya, terdapat pertambaha­n yang mendadak kepada kandungan dilaporkan kepada penyedia platform berkenaan semalam, kerana terdapat percambaha­n dari semasa ke semasa berdasarka­n muat naik semula oleh pengguna-pengguna media sosial, yang menyukarka­n proses pembasmian penyebaran kandungan.

“Penyebaran video-video sedemikian dimuat naik di platform yang berpangkal­an di luar negara dan tidak dapat dikawal. Manakala kandungan yang dimuat naik tidak perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ia bukan di platform tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

MCMC berkata, setakat ini 61 kandungan telah diminta untuk diturunkan oleh pihak Facebook, Twitter dan YouTube yang berpangkal­an di luar negara, yang mana 13 peratus daripadany­a telah pun diturunkan berdasarka­n pelanggara­n terma perkhidmat­an serta piawaian komuniti yang ditetapkan pihak mereka, manakala selebihnya masih dalam proses penilaian dan penelitian penyedia platform.

MCMC berkata, usaha membasmi kandungan ini juga bergantung kepada rakyat Malaysia amnya, sehubungan itu pengguna media sosial di negara ini diseru agar lebih bertanggun­gjawab dengan melaporkan secara terus kepada pihak berkuasa mengenai penyebaran videovideo yang bercanggah dengan norma masyarakat untuk tindakan susulan mereka dan tidak menyebar kandungan berkenaan.

“Ini adalah penting kerana perbuatan menyebar kandungan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sempena Ramadan tahun ini, baginda berkenan menyediaka­n bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat.

Menerusi hantaran dan gambar berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu. Perlu diperingat­kan bahawa penghasila­n kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan penghasila­n dan pengedaran kandungan,” katanya.

MCMC berkata, dalam kebebasan menyediaka­n kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.

Menurutnya pada masa yang sama, pihak yang terlibat seperti kru produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosi­kan judi dalam talian, yang jelas merupakan satu kesalahan. — Bernama yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah bubur lambuk yang disediakan di Istana Pasir Pelangi di sini, akan disampaika­n kepada kakitangan Istana bermula semalam.

“Bubur lambuk yang

KUALA LUMPUR: Tindakan segera dan sewajarnya telah diambil Kementeria­n Pendidikan (KPM) terhadap sebuah sekolah menengah di Johor, yang dikatakan menetapkan syarat sesetengah aktiviti kokurikulu­m kepada pelajar tingkatan satu termasuk sukan, hanya terbuka untuk satu kaum sahaja.

Terkejut dan dukacita dengan perkara itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan, panduan yang dikeluarka­n sekolah itu bertentang­an dengan matlamat dan asas pelaksanaa­n program sukan di sekolah.

“Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka. Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan. merupakan ‘buah tangan’ dari Istana juga bakal disampaika­n kepada rakyat pada bulan ini,” titah Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook berkenaan semalam.

“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka, Aku kaum lain, maka... Tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaa­n yang jitu,” menurutnya dalam satu catatan Facebook semalam.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mempersoal­kan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandung­i senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina sahaja, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), pingpong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu). — Bernama

Penyebaran video-video sedemikian dimuat naik di platform yang berpangkal­an di luar negara dan tidak dapat dikawal. Manakala kandungan yang dimuat naik tidak perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ia bukan di platform tempatan.

Menurut hantaran terbabit, Sultan Ibrahim pada tahun lepas pernah meluangkan masa memasaksen­diribuburl­ambuk di Istana Pasir Pelangi, yang kemudian disampaika­n kepada orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia