Utusan Borneo (Sabah)

Mayat dengan kesan terbakar seluruh badan ditemui di tepi jalan

-

KUALA NERUS: Satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan ditemui di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.15 pagi semalam.

Beliau berkata, mayat itu ditemui kira-kira tiga meter di bawah satu cerun dalam keadaan tertiarap, dengan kesan terbakar keseluruha­n badan kecuali pada bahagian betis kanan, dan siasatan sedang dijalankan oleh pasukan forensik polis dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Tiada dokumen pengenalan ditemui, dan setakat ini kita belum mengetahui identiti atau jantina mangsa. Berdasarka­n siasatan awal kita percaya mangsa meninggal dunia di tempat lain dan dibawa ke sini sebelum dibakar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam.

Katanya, mayat itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang pekerja kebersihan Mohd Hamdan Abd manaf, 23, berkata beliau menemui mayat itu kira-kira jam 7.15 pagi ketika sedang menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n berhampira­n kawasan berkenaan.

“Waktu sedang bekerja saya nampak asap dari kawasan semak di tepi jalan, saya ingatkan ada orang bakar sampah… bila saya pergi tengok saya tidak pasti, sama ada itu patung atau mayat.

“Saya pun tanya seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mendapatka­n kepastian dan dia katakan bahawa itu adalah mayat. Lelaki itu terus menghubung­i talian kecemasan 999 untuk membuat laporan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KESAN BUKTI: Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan bagi mengesan bahan bukti di sekitar lokasi mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh dekat Kuala Nerus, semalam.
KESAN BUKTI: Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan bagi mengesan bahan bukti di sekitar lokasi mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruha­n badan ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh dekat Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia