Utusan Borneo (Sabah)

Mekanisme lama masih diguna kawal harga makanan: MAFI

-

PASIR MAS: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih mengekalka­n mekanisme dan dasar sama seperti sebelum ini, dalam mengawal kenaikan harga makanan di pasaran, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Bagaimanap­un, beliau berkata, keadaan terutamany­a ketika berdepan pandemik COVID-19 ketika ini mendorong berlakunya kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh faktor-faktor lain.

“Suasana pada masa terdahulu sangat berbeza dengan suasana masa sekarang...saya tidak nampak polisi masa itu dan polisi masa sekarang berbeza daripada segi kawalan harga makanan,” katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan ke Perusahaan Arnab, di sini semalam.

Che Abdullah berkata, pihaknya mengakui harga barang di pasaran sentiasa meningkat akibat daripada inflasi dan beberapa faktor antaranya disebabkan kos pengangkut­an dan makanan haiwan ternakan.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta kementeria­n berkaitan bagi mengatasi kenaikan harga makanan seperti ayam, sayur dan barangan makanan lain.

“MAFI juga berharap tidak ada pihak memanipula­si atau mengambil kesempatan pada musim ini untuk mencari keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Che Abdullah berkata bekalan daging sepanjang tempoh Ramadan hingga Aidilfitri adalah mencukupi dengan bekalan daging lembu atau kerbau diperolehi daripada sumber penyembeli­han tempatan bagi daging segar manakala sumber import bagi daging sejuk beku.

“Dianggarka­n bekalan daging untuk perayaan Aidilfitri adalah sebanyak 36,000 tan metrik iaitu sebanyak 27,000 tan metrik sumber daging import dan 9,000 tan metrik daging segar tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia